Mengintai Pakej iPhone 5 Gadget Impian

Dalam sibuk berkisah tentang projek Bro Denaihati dengan iPhone 5 Gadget Impian dan mengimpikannya siang dan malam, saya mengintai juga pakej yang sedang dipromosikan oleh syarikat telekomunikasi di seluruh negara sejak pelancaran iPhone 5 beberapa hari lepas.


Saya cuba juga mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan pakej-pakej yang ditawarkan tersebut. Jenuh juga saya meneliti setiap laman web syarikat pembekal pakej-pakej iPhone 5 tersebut satu persatu yang kebanyakannya dalam English.

Tapi ada satu laman blog ini (klik) yang telah membuat analisa secara terperinci berkenaan pakej-pakej iPhone 5 di Malaysia menggunakan bahasa Malaysia, dan penulisnya juga ada memberikan cadangan beliau pakej mana yang terbaik seandainya anda ingin melanggan iPhone 5 ini.

Memang ada sedikit perbezaan antara setiap pembekal pakej-pakej langganan iPhone 5 tersebut. Semuanya bergantung pada kemahuan dan budget anda sendiri. Kata orang, tepuk dada tanya selera..Tepuk poket, tanyalah isteri ye..he he. Selamat membuat perbandingan!


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 15, 2012

7 Komen:

  1. Salam..

    nak beli ke tu? hehe

    Student saya form 2 dah lama pakai..beli kat Singapore..tercabar rasanya..haha

    BalasPadam
  2. Tengok jer lah dulu..tak beli dah phone tahun ni hehehehe..

    BalasPadam
  3. jangan intai cekau je terus :)

    BalasPadam
  4. hai bro,
    boleh sambar satu lepas ni..

    BalasPadam
  5. salam
    ni bukan barang mampu milik ni
    mahal tu

    BalasPadam
  6. Keliru hendak memilih pakej yang ditawarkan oleh Telco tempatan. Saya lebih berminat iPhone 5 daripada pakej talian. :-)

    BalasPadam
  7. Nampaknya belum masa nak mengintai iphne 5 tu...heheheh

    BalasPadam