Gambar Terbaru iPhone 5 Tersebar

Belum pun pihak Apple inc. mengumumkan pelancaran model yang dikatakan iPhone 5 bagi menggantikan model terbaru mereka iPhone 4S, sudah tersebar luas di seluruh alam maya gambar yang dikatakan model iPhone 5 tersebut. Memang cepat dunia internet sekarang ini, dunia tanpa sempadan la katakan :)

 
SUMBER 
 
Kelihatannya model iPhone 5 keluaran syarikat Apple ini menampilkan warna yang lebih menarik di samping ianya lebih nipis dan lebih panjang berbanding model iPhone 4S. Sedikit sebanyak sudah pasti ianya cuba mengatasi pesaing terdekat mereka Samsung Galaxy S3 yang khabarnya begitu mendapat sambutan hangat.

Produk-produk Apple sesungguhnya mempunyai pengikut setia mereka tersendiri. Mereka akan tetap menyokong produk terbaru dari Apple ini nanti. Lebih-lebih lagi yang setia dengan produk dari negara Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kita nantikan apa fungsi dan ciri-ciri  yang terbaru yang akan ada pada iPhone 5 ini nanti.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 11, 2012

13 Komen:

  1. dah sampai nanti memang tak mampu beli..hehe

    BalasPadam
  2. alamak memang best tu,,tapi aku baru jer pakai iPhone 4s.

    BalasPadam
  3. blom pernah terjebak dgn iPhone.. ipad pernah pakai..
    still dgn Android :)

    BalasPadam
  4. belum terbuka hati dgn iPhone ni :)

    BalasPadam
  5. assalam, lbh senang dgn samsung...

    BalasPadam
  6. Lebih nipis dan mempunyai skrin yang panjang.

    BalasPadam
  7. Koi dah lame tak nukor hp ni.Hati teringin poket tak ngizin.haha...

    BalasPadam
  8. android msih terbaik lagik..hehe

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama12 Ogos, 2012

    Tunggu dan lihat. Kalau mampu milik pasti kan ku sambar.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama16 Ogos, 2012

    BlackBerry still the best...

    BalasPadam