Kebaikan Dan Khasiat Buah Plum (Prun)



Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.

Pokok plum ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah plum di Asia.

Buah plum berbentuk bulat dan kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah atau taman. Walaupun kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk bujur.

Plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan. Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.


 
CADANGAN: Memang berkesan pada anak-anak (malah orang dewasa) yang susah hendak membuang air besar diberi makan buah prun, sekejap sahaja selepas makan sudah terasa hendak ke tandas.

KHASIAT BUAH  PLUM (PRUN)

Buah plum memiliki banyak khasiat dan baik untuk dimakan semua golongan. Buahnya yang kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.

Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.

Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.

Kajian mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.

Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya dengan vitamin C, juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.

Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B-6, dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.

Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

NOTA: Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu pengambilan untuk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.SUMBER


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 18, 2012

15 Komen:

  1. Keburukan buah prun @ plum ni
    satu je..rega nya mahal sikit
    he he.

    BalasPadam
  2. hok segar x pernah makan
    kalau yg kering jeruk tu biasalah :)

    BalasPadam
  3. Yer utk pembuangan air besar mmg digalakkan makan prune. Sy suka makan prune ni. Sedap dan ganti snek bebukan tu. ;)

    BalasPadam
  4. ini rupanya bentuk buah plum yang asli, mcm epal pon ada jugak

    BalasPadam
  5. Pernah makan buah plum yang kering.

    BalasPadam
  6. yer..harga mahal..tapi macammana sekalipun sebulan sekali paling kurang mesti beli buah plum ni..sebab kaya vit c. kena tukar2 jenis buah2an sebab harga nya mahal..eehehehe

    BalasPadam
  7. sebaiknya mendapat nasihat doktor..lain makanan lain pula khasiatnya

    BalasPadam
  8. assalam, info yg menarik...

    BalasPadam
  9. ada plum lebih? bak sikit.

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Suka jugak makan buah prun, mudah didapati.
    Time pregnant dulu memang kena amalkan makan buah ni sentiasa sebab sembelit tegar. Kalau makan 5-6 biji tak jadi apa la. Sekali beli sambar 2 bekas
    Harganya memang mahal la..tapi kena beli jugak...

    BalasPadam
  11. salam..bg org mengandung yg kurang darah,yg susah nk mkn ubt zat besi,buah ni leh gantikan tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      sudah tentu..makan lah buahan apa pun
      sudah tentu..ianya amat baik untuk tubuh
      badan anda..kecuali durian, jangan makan
      banyak-banyak :)

      Padam
  12. salam..ank sy setahun lebih selalu sembelit.dah cuba mcm2 mkanan n cara.alhamdulillah setelah mkn buah prun dia lawas buang air besar..

    BalasPadam
  13. saya mula makan buah prun sunsweet 4 bulan lepas kerana masalah sembelit yg kronik...tp sgt2 terkejut saya timbang berat badan semalam...dah turun 7 kg berat badan....

    BalasPadam