Semak Penyata Gaji Online - e-Gaji Kakitangan Awam Malaysia



E-Penyata Gaji Online  atau dikenali sebagai e-Gaji merupakan satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online. Kaedah ini ternyata mampu memberikan faedah penting untuk mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya keluar sebulan sekali sahaja sebelum ini.

KLIK DI SINI   Semak Penyata Gaji Online

Penjawat awam bukan sahaja boleh menyemak penyata (slip) gaji mereka sepanjang tahun, malah dengan kemudahan ini juga memudahkan urusan lain yang memerlukan mereka menggunakan slip gaji untuk urusan pinjaman bank dan sebagainya. Sebelum ini jika anda memerlukan salinan penyata (slip) gaji secara berturutan untuk urusan pinjaman, perlulah memohon dari kerani pejabat sekolah contohnya bagi seorang guru.

Memandangkan Kakitangan Awam Kerajaan baru sahaja mendapat kenaikan gaji baru bermula Julai tahun ini, maka ramailah yang mula membuat carian bagaimana mendapatkan penyata (slip) gaji terkini mereka. Anda hanya perlu klik ke pautan di atas dan dibawa ke laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata laluan, selamat membuat semakan e-Gaji anda!


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 28, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA