EXCO Kerajaan Negeri Pahang 2013 Dan Jawatankuasa Portfolio (Bergambar)



Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada Isnin 20 Mei telah mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang. Datuk Seri Adnan sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa. Berikut disenaraikan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2013:
    SENARAI EXCO NEGERI PAHANG 2013 DAN PORTFOLIO
    Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran, Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian, Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan, Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan, Sistem Penyampaian Awam dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.
    Datuk Seri Adnan Yaakob
    Menteri Besar
    Jawatankuasa Hal Ehwal Felda
    Datuk Abu Bakar Harun
    Jawatankuasa Belia dan Sukan
    Datuk Mohd Johari Hussain
    Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas
    Norol Azali Sulaiman
    Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas
    Syed Ibrahim Syed Ahmad
    Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia
    Datuk Shahaniza Shamsuddin
    Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan
    Datuk Shahiruddin Ab Moin
    Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan
    Datuk Mohd Sharkar Shamsudin
    Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar
    Datuk Mohd Soffi Abd Razak
    Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran
    Datuk Wan Rosdy Wan Ismail
    Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani
    Datuk Shafik Fauzan Sharif

    NOTA: Dapatkan juga senarai rasmi (bergambar) Exco kerajaan negeri-negeri lain yang telah berjaya dibentuk selepas PRU-13, seluruh Malaysia DI SINI


    (Video) 4 Maut Kemalangan MRR2 Berhampiran Bukit Antarabangsa 19 Mei

    Empat maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Bukit Antarabangsa petang ini. Kemalangan berlaku pukul 5.30 petang melibatkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Viva, Proton Satria, Suzuki Swift dan sebuah motosikal.

     
    FOTO:  wowberita.org

     
    Video kemalangan ngeri MRR2 dekat Bukit Antarabangsa 19 Mei 2013


    Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa, mengalami kegagalan brek seterusnya menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

    Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. Manakala seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...