Blog Ku Yang Bersarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog saya.Hampir setahun saya tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan dalam kehidupan seharian, ditambah pula minat yang semakin berkurang hendak menulis blog. Sesekali menjenguk memang terasa rindu teramat sangat hendak menulis sesuatu.

Sarang Labah-Labah
GAMBAR HIASAN: Sarang labah-labah


Hari ini saya gagahkan juga menaip sepatah dua sekadar mengemaskini blog ini setelah mendapat email dari pengiklan yang akan mengambil tindakan menahan sementara pengiklanan atau dalam bahasa mudahnya "suspend" iklan dari pihak mereka dalam blog ini. Terasa sayang juga walau ada baki hanya beberapa puluh RM dalam akaun tersebut.

Sebelum menulis tadi saya ada semak ruang komen blog ini yang sarat dengan komen-komen sampah beserta iklan yang entah mana datangnya. Kebanyakan menggunakan bahasa Indonesia, berkemungkinan datang nya dari blog-blog atau akaun Google negara jiran kita itu. Amat menyakitkan hati juga sesetengah komen yang mengiklan produk lucah 18sx.

Sesetengah komen itu telah saya buang aka delated sahaja dan yang lainnya akan menyusul tindakan yang sama bila saya ada masa nanti. Minta maaf selepas ini setiap komen akan disemak terlebih dahulu sebelum di siarkan di ruangan komen. Rasanya itu sahaja tindakan yang paling layak saya lakukan terhadap pengomen yang tidak bertanggung jawab seperti itu.

Akhir kalam, terima kasih pada pembaca setia blog ini sejak dulu, kini dan selamanya :) (ayat perasan). Dalam kesamaran lampu bilik, saya menaip papan kekunci komputer lama saya yang masih menggunakan perisian Window XP, saya tengah tercari-cari apa yang nak di tulis pula selepas ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 04, 2015

0 Komen:

Catat Ulasan