Bayi Anda Sembelit? Panduan Dan Cara Mengatasi

Jika sebelum ini blog ini ada membicarakan tentang masalah bayi tercekik susu (KLIK), dan saya juga ada membicarakan tentang pantang larang sewaktu ibu hamil, yang hanya mitos pada realitinya (KLIK). Hari ini, sekali lagi blog ini akan berkisah tentang rutin ibu bapa yang mempunyai bayi kecil yang menghadapi masalah membuang air besar.

Masalah sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi mengeluarkan najis yang keras dalam kuantiti yang banyak dan kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari.

Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur dan berkemungkinan menyebabkan terjadinya pendarahan pada bahagian itu.


Perkara seperti ini perlulah dihindari daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. 

Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.

Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, contoh apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi kerana kurang minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.

Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan bayi anda lebih merangkak.


Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan terjadinya sembelit, jadi dengan perlahan-lahan urutkan perut bayi anda dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.

Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.

Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang dan kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan. Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 18, 2013

13 Komen:

  1. panduan yg bgs..sbb anak buah ciktom aritu pn kn sembelit..blh suggest kt akak ni..thanks :)

    BalasPadam
  2. Anak saya berusia 10 bulan mengalami di atas.....najisnya berketul2 kecil dan keras....kasihan melihat nya menangis setiap kali buang air...

    BalasPadam
  3. benarka oz susu perlu dikurangkan berbanding air supaya susu tidak terlalu pekat dan supaya najisnya tidak keras?sejauh mana kebenaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi je susu ibu adalah
      yang terbaik untuk anak-anak
      bab oz susu rasanya benar,
      kena kurangkan kepekatan..
      satu lagi jenis susu, kalau
      tak sesuai tukar :)

      Padam
  4. kalau salah susu atau susu x sesuai mmg anak akan sembelit
    tp kalau dah dapat susu yg cun.. mmg x tukar
    auni sejak kecil minum susu ibu mmg x der masalah :)

    BalasPadam
  5. dulu anak PM beberapa kali juga alami masalah sembelit...kesian bila tengok budak2 susah nak membuang air besar nih...

    BalasPadam
  6. beri banyak minum air masak dapat kurangkan sembelitnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. air masak bukan sebarang tau. kena yg process punya dgn filter tu. baru betul takat air masak cerek tu, tak elok juga.

      Padam
  7. salam
    memang kesian tengok bayi menangis masa buang air
    [orang dewasa juga teruk bila sembelit ni]

    BalasPadam
  8. Tak salah saya di farmasi ada jual ubat sembelit untuk anak kecil dengan picit ubat tersebut melalui dubur. Mujarab kesan ubat ini kerana ia akan mencairkan najis bermasalah.

    BalasPadam
  9. ternyata cara mengatasi tidak terlalu sulit juga yah.

    BalasPadam
  10. betul juga... terima kasih

    BalasPadam
  11. anak saya slalu mcm ni.. masalahnya susah nk berak.. kdg2 sedih tgk duk nangis smpai merah muka meneran nk buang air.. :"(
    dh cuba bnyk ptua tp x jadi2 jugak.. ada x cara yg boleh buat dia snang buang air?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA


Carian Blog