About Me Author

السلام عليكم
Dan salam sejahtera semua..

 
Simple blogger zulkbo Anak Pahang, all about my activities, thoughts, inspiration, ideas, and everything that happened around me. Blog ini adalah wadah menyampaikan isi hati dan pandangan peribadi penulis tentang apa yang ingin di utarakannya. Meliputi semua perkara, dari isu semasa sehingga ke SEO blogging. Tidak bermaksud menyakiti hati atau perasaan mana-mana individu yang membacanya. Seandainya ada kesilapan di dalam penulisan sehingga ada pihak yang tersinggung, penulis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Sebarang pertanyaan anda boleh email secara peribadi di zulkbo@gmail.com.

    Tenang-tenang air di laut
    Sampan kolek mudik ke tanjung
    Hati terkenang mulut menyebut
    Budi yang baik rasa nak junjung

    Asam kandis mari dihiris
    Manis sekali rasa isinya
    Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya

    Ayam hutan terbang ke hutan
    Tali tersangkut pagar berduri
    Adik bukan saudara bukan
    Hati tersangkut kerana budi

    Pisang muda di belah dua
    Anak burung mati di ranggah
    Dari muda sampai ke tua
    Ajaran baik jangan di ubah

    Terang bulan di malam sepi
    Cahaya memancar pucuk kelapa
    Hidup di dunia buatlah bakti
    Kepada Ibu dan juga Bapa.

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.[Riwayat al-Bukhari] 
WASSALAM.



Zulkbo

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 14, 2010

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog