Senarai Klinik Terlibat Ujian Saringan Kesihatan Percuma (HSP) PERKESO

Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berumur 40 tahun ke atas layak menerima perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma sebanyak sekali di semua klinik swasta yang berdaftar di bawah program yang di beri kerajaan sempena Bajet 2013 lalu.
 
 
Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma seperti di atas telah mula diedarkan PERKESO kepada majikan yang ada membuat caruman pekerja mereka dengan PERKESO dan saya sendiri baru mendapatnya semalam.

Program ini bukan sahaja akan memberi keuntungan kepada para pekerja semua, malah memberi impak positif kepada majikan kerana mempunyai pekerja yang sihat dan mampu berdaya saing  bila kesihatan baik.

Setakat ini, sebanyak 2,719 klinik swasta di seluruh negara akan memberikan perkhidmatan itu dan pekerja yang tinggal di luar bandar pula boleh mendapatkan rawatan tersebut di klinik atau hospital kerajaan berdekatan.

Berikut senarai klinik-klinik dan pusat kesihatan yang terlibat dalam program ini dan anda boleh mendapatkan Ujian Saringan Kesihatan Percuma di sana. Sila  ke link (KLIK) ini untuk mendapatkan senarainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...