Jozan Juara Final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 Bawa Pulang RM500,000



Ucapan tahniah diucapkan buat pasangan Jozan atas kemenangan mereka menyandang gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 untuk musim kedua kali ini. Nampaknya kemenangan  Jozan sememangnya sudah dijangka sejak daripada awal lagi dan pasti peminat-peminat Jozan  gembira dengan keputusan MLM sebentar tadi.

Bersaksikan ribuan penonton yang membanjiri Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jozan yang dianggotai Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau Johan, 28, dan Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan, 28, diumumkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2012 dan menyaksikan mereka menewaskan kumpulan Jambu sekali gus memenangi hadiah berupa wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Berikut merupakan senarai penuh kedudukan pemenang untuk MLM 2012 musim kedua:

Juara : JOZAN (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro)

Naib Juara : JAMBU (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro)

Tempat Ke-3 : SHIRO (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro)

Tempat Ke-4 : BOBOI (Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro)

Tempat Ke-5 : SAY WHO (Membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 19, 2013

10 Komen:

  1. tahniah kepada semua pemenang, jozan memang layak juara =D

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada semua pemenang :)

    BalasPadam
  3. harap sangat shiro yg menang tapi memang takleh nak kalahkan jozan. all time feveret :D

    BalasPadam
  4. ramai peminat Jozan nih...tahniah buat mereka...

    BalasPadam
  5. salam
    banyak betul tu hadiah
    tahniah untuk semua pemenang

    BalasPadam
  6. tahniah kepada jozan, tak sia2 keluar hospital kejap buat show

    BalasPadam
  7. Untung setiap pasukan yang bertanding di pentas Final mendapat habuan. Adil.

    BalasPadam
  8. memang sudah dijangka dari awal lagi huhu.. jozan dari minggu pertama tak penah jatuh kedudukan

    BalasPadam
  9. Kalau diikutkan persembahan malam final,dan kalau ada pemarkahan juri , kedudukan fianal adalah :
    TEMA : freestyle & Muzikal
    1) Boboi
    2) Shiro
    3) Jambu / Jozan
    4) Jambu / Jozan
    5) Saywho

    APAPUN tahniah kpd peminat jozan yg berjaya mengekalkan peratus undian kpd mereka.

    BalasPadam
  10. kagumlah dengan Jozan!

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA