Cuka Epal : Kebaikan Dan Khasiatnya


Terasa ngilu gigi ini sewaktu makan buah epal yang kebetulan terkena buah epal yang jenis masam. Tapi kebaikan yang ada pada masamnya buah epal itu pasti ramai yang mungkin sudah tahu atau belum. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan yang terdapat pada cuka epal yang dihasilkan dari buah epal.

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. Islam juga menggalakkan umatnya mengamalkan penggunaan cuka epal dalam kehidupan seharian atas sebab-sebab faedah dan manfaatnya kepada kesihatan.

Cuka Epal Kebaikan Dan Khasiat
Gambar Hiasan : Cuka Epal

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Selain harga yang murah, pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.

Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

Selain itu, antara khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.

Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.

Sumber: Google

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 09, 2015

1 Komen: