Keguguran Rambut Antara Punca Dan Penyebab


Keguguran Rambut Penyebab Botak

Masalah keguguran rambut adalah kebiasaan yang terjadi di kalangan kaum lelaki apatah lagi ketika usia telah menjengah ke angka 40an. Ada pelbagai sebab dan faktor utama yang menjadi penyebab luruhnya rambut,  bukan sahaja  di kalangan orang lelaki malah perempuan juga. Keguguran rambut yang tidak terkawal,  kadang-kala sehingga kepala seseorang menjadi botak juga dikenali dalam bahasa kesihatannya sebagai MPHL.

Apa itu MPHL?

MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki.

Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah:
  • Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan.
  • Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.
  • Keadaan kulit kepala. Jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang kronik pada kulit kepala, juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Masalah perubatan sedia ada. Penyakit-penyakit seperti hipotiroidisme.

Memahami Kitaran Pertumbuhan Rambut

Terdapat tiga peringkat kitaran pertumbuhan rambut yang normal:
  1. Anagen (pertumbuhan)
    Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
  2. Catagen (rehat)
    Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
  3. Telogen (pertumbuhan semula)
    Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.
Carta Hamilton Keguguran Rambut Sehingga Botak


Apakah yang Menyebabkan MPHL?

MPHL terjadi disebabkan oleh interaksi hormon-hormon kulit kepala lelaki dengan risiko genetik, yang mempengaruhi kitaran pertumbuhan rambut yang normal.

Dalam erti kata lain, MPHL mempunyai kaitan dengan dua faktor utama iaitu gen dan hormon.


Apakah yang akan terjadi kepada rambut jika saya mempunyai MPHL?
  1. Hormon lelaki iaitu androgen hadir di dalam folikel rambut, khususnya hormon testosteron. Turut hadir adalah sejenis enzim yang dikenali sebagai 5-alpha-reductase (5aR).
  2. Apabila testosteron berinteraksi dengan enzim, hormon akan ditukarkan menjadi dihydrotestosterone atau DHT.
  3. Apabila wujud DHT yang berlebihan di dalam akar rambut, fasa anagen kitaran rambut dipendekkan. Hasilnya adalah rambut yang lebih pendek, halus dan kurang kelihatan.
  4. Ini selalunya berlaku pada verteks iaitu bahagian yang tertinggi pada kepala dan pada garisan kepala - corak keguguran rambut di kalangan lelaki yang paling klasik.

Lain-lain Faktor Risiko MPHL?
  • Jantina - lelaki secara umumnya lebih cenderung menderita masalah keguguran rambut disebabkan oleh jumlah hormon testosteron yang lebih banyak mereka hasilkan.
  • Sejarah keluarga - kejadian MPHL di kalangan ayah, bapa saudara, datuk dan kedua-dua belah ibu dan bapa boleh mendedahkan seseorang kepada keadaan ini.
  • Usia - adalah dianggarkan kira-kira 30 peratus lelaki yang berumur 30 tahun akan mendapat beberapa bentuk keguguran rambut manakala 50 peratus akan mengalaminya tatkala umur mencecah 50 tahun.
  • Tekanan - stres yang kronik dan berterusan boleh mempercepatkan MPHL.
SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, September 24, 2014

1 Komen:

  1. warga emas mungkin tak kisah sangat rambut gugur
    bagi remaja dan belia ia satu masalah besar
    wanita pula menganggap rambut adalah mahkota mereka

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog