Kecoh Bila Ikan Jerung Berenang Di Pusat Membeli Belah



Laman sosial di luar negara kecoh minggu ini dengan imej-imej dua ekor ikan jerung berenang, kononnya melalui tingkat bawah sebuah pusat membeli-belah yang popular di sebuah Pusat Sains di Kuwait.

Khabar angin mengenai pemangsa lapar ini berenang dalam bangunan yang ditenggelami air selepas tangki air besar runtuh dan mengakibatkan banjir di tingkat bawah pusat membeli belah itu. (Kiranya ala-ala macam Aquaria di Suria KLCC la nih).

Selepas beberapa variasi kisah yang lebih lucu  mula menjalar ke dalam beberapa berita dan laman blog akhirnya lelaki di sebalik imej palsu tampil untuk memberitahu semua orang bahawa ianya adalah hanya gambar hasil Photoshop.

 
Gambar asal

Jamie King, seorang pencipta pengiklanan yang berbakat besar, berkata beliau mencipta imej palsu selepas melihat gambar ruang legar membeli-belah yang baru-baru ini banjir di Royal Bank Toronto Kanada.

Kemahiran photoshop Jamie King jelas menakjubkan. Hasil kerja yang kemas dan bersih, dibanjiri dengan pujian selepas itu kerana teknik manipulasi air dari jauh  bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Jun 17, 2012

9 Komen:

  1. haha..nampak macam real..mmg kreatif!

    BalasPadam
  2. photoshop zzz

    eddiefadhli.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Assalam..
    ingatkan betul2 tadi...
    fuhh..terror la.

    BalasPadam
  4. peh, ingatkan betul-betul tadi..

    BalasPadam
  5. Hehehe...seb bek tak percaya terus wehhh....klu tK KOMPOM ADA YG KENA TIPU DAH...:)

    BalasPadam
  6. terer betul mamat tu...tak nampak macam tipu

    BalasPadam
  7. terer betol boleh jadi sifu dia ni

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA