Brazil Kempunan Lagi Emas Olimpik (Video Highlights Goal)



Impian Juara Piala Dunia 5 kali, Brazil untuk meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik berkecai apabila tewas di perlawanan akhir dengan Mexico. Oribe Peralta menghukum pertahanan Brazil dengan menjaringkan gol seawal minit pertama perlawanan.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berjaya menghasilkan sebarang gol. Akhirnya pada minit ke-75, Peralta meranapkan impian Brazil yang beraksi buat kali ketiga di perlawanan akhir Sukan Olimpik.

Impian emas Brazil hancur apabila hanya berjaya menjaringkan gol saguhati di saat akhir masa tambahan hasil jaringan pemain sensasi mereka Hulk. Keputusan penuh Akhir Bolasepak Lelaki di Sukan Olimpik 2012, London malam Sabtu: Brazil 1 - 2 Mexico.

Video Highlights Goal


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Ogos 12, 2012

5 Komen:

  1. assalam, mgkn brazil perlu ubah taktik dan teknik baru bagi bangkit semula...

    BalasPadam
  2. Tahniah Mexico dari pasukan x diberi perhatian berjaya meranapkan impaian Brazil.
    Brazil main terlampau berskill sgt sampat main entah apa-apa :)

    BalasPadam
  3. walaupun neymar hebat tp x leh harapkan die sorg jer..huhu

    BalasPadam
  4. Brazil yang disebut-sebut untuk memenangi pingat emas tidak kesampaian.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama14 Ogos, 2012

    Pingat emas pun tak dapat.malah piala dunia tahun 2014 pun jangan harap bole jadi johan..hehehe..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA