Keputusan Dan Kedudukan Pingat Terkini Olimpik London 2012

Agak menyedihkan juga apabila Olimpik London 2012 telah memasuki hari kedua pertandingan yang menyaksikan ada beberapa acara yang disertai oleh atlet dari negara kita gagal menyerlah, malah ada atlet negara yang tidak sempat menghabiskan pertandingan.


  
Kedudukan Terkini Pingat (29-Julai-2012)

Pelumba muda negara, Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli terpaksa akur dengan kehebatan pelumba berpengalaman apabila gagal menamatkan perlumbaan dalam acara yang memeritkan sejauh 250 kilometer acara lebuh raya lelaki, semalam.

Harapan akhir negara kepada Adiq juga turut berkecai apabila pelumba yang baru berumur 21 tahun itu tidak dapat menamatkan saingan dengan perlumbaan berbaki 66 km saja lagi. Ternyata Olimpik 2012 London kali ini bukan saingan mereka berdua.

Apa pun harapan, dalam hari-hari mendatang dengan acara yang lain pula, atlet negara bakal melakukan sesuatu yang lebih baik demi menghasilkan kilauan pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik. Setidaknya kilauan pingat perak atau gangsa sekalipun cukup membanggakan kita semua.
 


Ikuti perkembangan terkini Sukan Olimpik London 2012 yang disiarkan secara langsung di TV2 setiap hari yang bersiaran selama 24 jam. Anda juga boleh mengemaskini keputusan awal malah kedudukan pingat terkini di laman web ini yang disediakan khas sempena Olimpik London 2012.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 30, 2012

3 Komen:

  1. Sengit persaingan dikedudukan 5 teratas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. acara balapan tak
      mula lagi nih..
      lepas pasti banyak
      perubahan berlaku

      Padam
  2. pertandingan antara yg terbaik..mmg ssh..

    BalasPadam