Juara Dunia Dan Eropah Spain Pulang Awal Olimpik London 2012

Mereka mungkin gah sebagai juara Kejohanan Eropah malah status sebagai juara Piala Dunia 2010 mereka bukan kesinambungan buat Spain (Sepanyol) apabila mereka gagal untuk mendapatkan gelaran bola sepak ketiga di London 2012 selepas mereka tersingkir daripada Sukan Olimpik 2012.

 
Foto: SUMBER

Jaringan pemain Honduras, Jerry Bengtson pada minit ketujuh perlawanan, menghantar Sepanyol pulang awal di pertandingan bolasepak kejohanan Olimpik London 2012 kali ini. Honduras menang 1-0 perlawanan yang berlangsung Newcastle's St James' Park.

Juan Mata mempunyai tiga peluang untuk memberi Sepanyol kemenangan yang amat mereka perlukan untuk menghidup peluang dalam perlawanan ini apabila tewas dengan Jepun dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Jepun berjaya meraih kelayakan ke suku akhir dengan kemenangan 1-0 ke atas Maghribi. Espinoza Roger, pemain yang mencipta gol jaringan Jerry Bengtson menjadi hero Honduras kali ini berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Sepanyol.

Sepanyol seolah-olah kehilangan rentak mereka sepanjang perlawanan menentang Honduras apabila gerakan mereka terus gagal menjaringkan sebarang gol. Cristian Tello dan Diego Marino kedua-dua turut menerima kad kuning di separuh masa kedua.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 30, 2012

8 Komen:

  1. Salam saudara...

    Moga sihat hendaknya...

    Langit tidak selalunya cerah...

    BalasPadam
  2. tu yg kecewa ni huhuhu

    BalasPadam
  3. mungkin x bersedia sepenuhnya kot..

    BalasPadam
  4. assalam, tak sangka blh jadi mcm tu sbgi status pasukan no 1 dunia...

    BalasPadam
  5. Selamat berpuasa rodong2
    Kalah juga Lembu Gila yak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa juga rodong..
      moga sihat hendaknya..apa nak
      buat kan..bola bulat rupanya..
      he he

      Padam
  6. Bola sepak ni macam bola juga lah. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang Spain di bawah. Hahaha :)

    Good Luck buat pasukan Jepun.

    BalasPadam
  7. ni bukan pulang awal, tetapi "balik awal", heheh

    BalasPadam