Lionel Messi Atau Godfrey Chitalu Penjaring Terbanyak Gol Dalam Setahun?



Rekod jaringan terbanyak dalam setahun yang telah dibuat oleh pemain sensasi Argentina dan Barcelona, Lionel Messi akan dicabar oleh rekod seorang penyerang Zambia era 70an, Godfrey Chitalu yang didakwa telah menyumbat 107 gol dalam setahun. Anda boleh dapatkan bukti Wikipedia di sini (KLIK).

Sehubungan dengan dakwaan itu, wakil FIFA hari ini berkata mereka tidak dapat memastikan sama ada pemain Afrika itu atau Lionel Messi yang sepatutnya memegang rekod ini. Dalam kenyataan oleh jabatan komunikasi FIFA dalam Twitter menerusi akaun @fifamedia berkata;

 
Godfrey Chitalu
"Terima kasih berhubung pertanyaan mengenai Godfrey Chitalu. Catatan rasmi kami terhad dalam pertandingan FIFA, maka kami tidak mampu mengesahkan rekod ini walau kami ada menyimpan semua rekod dalam semua pertandingan FIFA."

Ahad lalu, Messi dianggap telah mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak apabila dua jaringannya sewaktu Barcelona membenam Cordoba 2-0, membolehkannya melepasi 84 gol yang merupakan rekod 40 tahun milik bintang Jerman, Gerg Mueller. MLP Sports




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...