Memang menjadi satu fenomena di alam siber negara kita bila blog Denaihati mengadakan contest yang bakal menghadiahkan Iphone 5 sebagai hadiah utama contest terkini beliau. Siapa yang tak kenal dengan Denaihati yang tak lokek memberi dan terus memberi buat pembaca blog beliau, sesuai dengan moto blog beliau 'Hidupkan Untuk Memberi'.


Blog ini juga turut serta menyertai contest tersebut, walau saya sendiri hanya mencelah di kalangan pemain SEO yang hebat-hebat belaka. Tidak mengharapkan sebagai seorang pemenang pun, tapi kalau para juri contest memilih saya sebagai pemenang, sudah tentu saya akan terima juga iPhone 5 itu tanpa segan silu, he he.
Mengharapkan entri kita di klik G+ oleh blogger lain, memang tak terdayalah saya kalau bab ini. Saya agak kagum dengan kesungguhan blogger lain yang berusaha mendapatkan klik G+, sehingga beratus-ratus klik. Dengan klik G+ yang banyak itu, sudah tentu entri mereka akan mudah berada di carian hadapan Google (SERP).
Itu adalah teknik permainan SEO yang saya kenalpasti cuba diperkenalkan oleh blog Denaihati, betapa pentingnya fungsi butang G+ ini kepada carian enjin Google. Dengan klik butang G+ tersebut bermakna anda mencadangkan entri tersebut pada carian enjin Google, semakin banyak cadangan, semakin baik kedudukan entri tersebut di SERP.
Khabarnya kini widget Follower oleh Blogger bakal digantikan dengan widget Follower G+. Anda kini sudah boleh mempamerkan bilangan follower blog anda melalui widget ini, dan penggunaan widget ini akan membantu anda mendapat Google Snippet. Tutorial memasukkan widget ini anda boleh dapatkan di blog blogger popular ini (KLIK).
Antara blogger yang mendapat banyak klik G+ dan berada di kedudukan teratas (SERP) Contest iPhone 5 tersebut, adalah entri blogger ini (KLIK) yang entrinya antara yang paling saya suka dan saya juga mencadangkan beliau menjadi pemenang dalam contest Denaihati kali ini.
Jika dalam contest iPhone 5 Gadget Impian, saya kurang bernasib baik hanya tersenarai antara halaman ke-5 SERP. Tetapi ada entri saya berkenaan satu lagi fenomena terkini di alam siber amat mengembirakan saya. Fenomena 'Durian Crepe' yang sentiasa dicari pembaca internet sentiasa menyumbang trafik harian ke blog saya.


Cuma kemusykilan saya ialah, walau kurang klik G+ entri ini ianya masih mendapat carian hadapan. Mungkin kerana keyword yang digunakan atau saya antara yang terawal menulis entri berkenaan Durian Crepe menjadikannya antara pilihan Google? Satu persoalan jua pada saya, mungkin hanya nasib sahaja?
Realitinya, bukan mudah bermain teknik SEO dan apa kemahuan sebenar Google selaku pendahulu carian enjin di dunia? Jika nasib anda baik, penulisan entri anda akan mendapat tempat di SERP dan menghasilkan ribuan trafik. Tetapi fungsi butang G+ dan keberkesanannya kepada SEO tetap saya akui.