Resepi Dan Cara Bergambar Membuat Durian Crepe

Sekarang ini semua orang macam dah demam dengan Durian Crepe. Buka Facebook je, semua orang bercerita tentang snek terbaru ini. Saya sendiri baru semalam merasa menjamahnya, itupun pemberian seorang jiran membalas hidangan yang isteri saya hantar ke rumahnya sebelum itu.

Tak ada yang berminat pun nak jamah Durian Crepe ini mulanya, kerana keluarga saya bukanlah penggemar durian, cuma saya seorang sahaja. Bila saya mula cuba 1 biji Durian Crepe ini, sampai tak boleh nak berhenti pula, sampai habis saya seorang je yang makan.

Bila saya buat carian di Google, bukannya susah sangat pun nak buat snek ini rupanya. Orang lelaki yang jarang ke dapur pun saya pasti boleh membuatnya. Di sini saya sertakan resepi yang saya dapat di sini (KLIK) dan gambar sumber Google cara membuat Durian Crepe.


BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT ( 30 biji)
  • 250gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme
  • Isi durian yang telah dilenyek


CARA- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE

 
Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian Crepe ini, kemudian blender dan tapis.

Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. Tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

Pukul  Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati. Kalau tak faham macam mana nak buat, boleh ke LINK ini.

Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.

Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk. Telah sedia untuk dimakan, yum..yum.

Jangan lupa cuba resepi Karipap Inti Sardin




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 15, 2012

32 Komen:

  1. Menarik ni. Boleh dicuba :) Tentu sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah cuba Bro
      mudah je membuatnya :)

      Padam
  2. Wah ni resepi yg dicari2
    terima kasih sifu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah jauh cari dah..
      ada kat sini je wehh..
      selamat mencuba..tunggu
      je kisah aok nanti..he he

      Padam
  3. Owh, ni rupanya durian crepe ni.
    Sblm ni pernah dgr, org kata jadi trend kat Malaysia. Haha

    BalasPadam
  4. wah.. sedap
    x sangka bro zul pun hebat masak :)

    BalasPadam
  5. alamak.. sodap tuh.. boleh buat weekend nih.. hik3

    BalasPadam
  6. wah adakah ini makanan terbaru di tanah air, kawan belum lagi berkesempatan mencubanya

    BalasPadam
  7. sedap Zul...seolah nak buat ..hehehe

    BalasPadam
  8. Salam hebat nampaknya tak pernah makan lagi :)

    BalasPadam
  9. blog Zulkbo dah jadi blog resepi plak nie... :)
    My recent post : Ole-ole dari Bandung, Khas untuk Blogger

    BalasPadam
  10. Musim durian kembali lagi. Molek sangat untuk menghasilkan durian crepe ini.

    BalasPadam
  11. menarik!! ciktom nk trylah resepi ni nanti..

    BalasPadam
  12. menyelerakan betul, terima kasih sudi berkongsi resepi kuih durian crepa :)

    BalasPadam
  13. dtg nak salin resepi..tq.. hee ;)

    BalasPadam
  14. mane nak dpt non dairy whipping creme

    BalasPadam
  15. resepi yg best nie..lapar trOs..

    hihi...

    BalasPadam
  16. mesti ramai orang cari resepi ni kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..ha..kena la menangguk
      ikan time musimnya Cikgu

      Padam
  17. resepi dah ada tinggal nak pratikkan saja

    BalasPadam
  18. whipping creme 2 yg susu dlm kotak n then kn kacau smpai kembang 2 ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf saya pun tak pernah buat lagi..
      anda boleh ke Link yang saya sertakan,
      cara membuat whipping creme tu..sebaiknya
      beli je yang dah siap di pasaraya macam
      ising cake tu :)

      Padam
  19. nampak sedap sangat, macam ketayap pun ada gak kulitnyer yer..tapi bunda tak makan durian..

    BalasPadam
  20. skrg dah ada jual online...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog