Resepi Dan Cara Buat Karipap Inti Sardin

Salam semua, tak lama lagi dah nak menyambut bulan Ramadan. Antara juadah berbuka puasa yang paling kerap orang beli ialah karipap. Kalau beli di Bazar Ramadan paling murah pun sekarang, 3 biji RM1 (itupun kecil-kecil sahaja). Apa kata hari ini kita belajar buat karipap sardin versi isteri saya.

Resepi kulit karipap:
1/2 kilo tepung gandum
3 sudu mentega (tak kisah jenama apa, janji halal)
1 cawan air garam (1/2 sudu garam)

Resepi inti karipap:
1 tin sardin ( saya suka King sardin saiz kecil)
5 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 atau 3 biji bawang besar (bergantung pada saiz) dipotong dadu.
1/2 sudu kunyit
1 biji telur (kalau suka)
Daun bawang (kalau suka)
2 sudu Gula
1/2 sudu garam
1 cawan air

Cara buat kulit karipap:
- Panas dan cair mentega,
- Gaulkan dalam tepung gandung,
- Masukkan air garam sedikit demi sedikit, gaulkan sehingga tepung tak melekat pada jari   dan uli sehingga doh kelihatan sebati dan lembut untuk digelek. Rehatkan doh sekejap sementara buat inti. Doh yang direhatkan ini akan lebih menjadi.

Cara buat inti karipap:
- Tumiskan bawang besar sehingga naik bau,
- Masukkan sardin yang telah dihancurkan sekali dengan kuahnya,
- Masukkan kunyit,
- Masukkan ubi kentang dadu dan secawan air, sederhanakan api dan tunggu sehingga ubi   jadi lembut,
- Masukkan garam, gula,(rasa dulu...pastikan manis lebih, sesuai sebab kulit karipap  nanti dah lemak masin),
- Pecahkan telur dan masukkan potongan daun bawang.


Dah siap inti, selamat "mengklaim" karipap (ini bab yang susah sikit lah), setengah orang prefer guna acuan karipap sahaja. Akhir sekali, goreng dengan api yang sederhana dalam minyak yang banyak, (pastikan tenggelam karipap) sampai warna keperangan agak-agak dalam 5 minit, sebelum dihidangkan.

NOTA: Kalau rasa nak simpan dalam freezer, kena goreng sekejap dahulu (supaya tidak melekat kulitnya sesama sendiri), kemudian angkat dan letakkan dalam bahagian sejuk beku. Simpanlah selama mana yang dikehendaki. Kalau ada tetamu datang, terus keluarkan dan boleh terus goreng sebelum dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!

 Lagi resepi JUADAH berbuka puasa


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 08, 2012

16 Komen:

  1. cantiknya karipap tu. saya suka karipap keledek.

    BalasPadam
  2. Lihar karipap yang gebu didalam gambar tersebut terus terliur. Saya suka karipap inti kentang.

    BalasPadam
  3. mok kome menjual sokmo karipap setiap kali ramadhan :)

    BalasPadam
  4. semua jenis karipap saya suka..boleh cuba ni nanti..mana tahu boleh buka bisness karipap di bulan Ramadhan..hehe

    BalasPadam
  5. assalam, nampak sedap...klu makan tentu best...

    BalasPadam
  6. salam - boleh cuba buat versi ini...tk
    - pandai awak pujuk mem mintak resepi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam wbt..
      ermm..alhamdulillah..
      sesekali kena ada resepi
      juga blog nih..huhu

      Padam
  7. Boleh buat buka puasa ni :)

    BalasPadam
  8. sedap...antara menu wajib buat sebulan sekali kat umah saya

    BalasPadam
  9. ah sedap andai di makan panas2 tambah pula tepi klimnya garing

    BalasPadam
  10. wahhh...pandainya, tapi kalau inti sadin cepat muak pulak makan kan?..

    BalasPadam
  11. betul tu. kalau nak mudah guna acuan saja. susah jugak nak 'kelim' karipap tu..mau herot benyot dibuatnya..hehe...

    BalasPadam
  12. tak tahan nak klem dia aje tu..penat jari..

    BalasPadam
  13. Sedapnyaaa...
    Myra memang suka karipap inti sardin..

    Nak buat pun senang kan ;D

    BalasPadam
  14. salam
    dah pagi ni tiba2 rasa lapar la pulak
    hehe

    BalasPadam