Gempar Lelaki Mengaku Imam Mahdi Mengamuk Di Pejabat Perdana Menteri (Gambar)

Gempar apabila seorang lelaki menggelar dirinya 'Imam Mahdi', bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi,suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan. Bagaimanapun suspek lelaki menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan. 

"Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis. 

Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai. Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan.

TERKINI: Polis mengesahkan lelaki yang menggelarkan dirinya Imam Mahdi dan mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari. 



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 09, 2012

19 Komen:

  1. Ada menonton berita mengejut ini di berita Tv3.

    BalasPadam
  2. Entah apa masalahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama11 Julai, 2012

      MASAALAHNYA INI LE BILA PIHAK KERAJAAN GAGAL MENUNAI KEINGINAN RAKYATNYA, AKU PUN TAK PUAS HATI GAK DENGAN PIHAK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BIKLA DAH 3 TAHUN AKU MOHON TUKAR TAK DAPAT DAPAT KALU TEMPAT KERJA AKU SEKARANG NI BAGUIH OK LE INI PENUH DENGAN MASAALAH BILA BAGI TAU JPA PUTRAJAYA SABAQ,SABAQ N TUNGGU Q, INI LA PUNCA ORANG MENGAMUK, AKU PUN RASA NAK BAKO JE JABATAN PERKHIMATAN AWAM TU, ORANG BILA DAH TERTEKAN MACAM2 BOLEH BERLAKU DIK OI,KECUALI IMAN JE YG MENYABARKAN AKU, PADA PIHAK BAPAK MENTERI DI PUTRAJAYA NUN TULUN2 LE JENGOK ORANG JPA BAHAGIAN PERTUKARAN TU, BANYAK DAH MAK BAPAK ORANG DAH BERCERAI BERAI N MATI NAK MENUNGGU SURAT TUKAQ DARI JPA SEKIAN ...LOVE DATO NAJIB N UMNO (ANDAI MU DENGAQ KELUH KESAH KU INI)

      Padam
  3. Balasan
    1. Tanpa Nama11 Julai, 2012

      X SEHAT APANYA GEMOK GITU X SIHAT LAGI KE, DIK JANGAN MUDAH MENGHUKUM ORANG X BAIK NABI KITA SENTIASA MENGINGATKAN KITA AGAR MELIHAT SETIAP MANUSIA LAIN DENGAN PERASAAN BELAS IHSAN, MANA TAU ARI TU DIA ADA MASAALAH NGAN KELUARGA N KEWANGAN DAN CUBA UNTUK BERJUMPA NGAN PM KITA KERANA PM KITA LEBIH MENDENGAR KELUH KESAH RAKYATNYA, TAPI MUNGKIN PIHAK POLIS YANG MENJAWAB PERTANYAAN DIA AGAK KURENG MEMUASKAN TU LA YANG JADI HANGIN SATU BADAN TU KAN KOME TAU POLIS NI BILA KITA TANYA NGAN BAIK PUN DIAORANG NI MACAM NAK TELAN ORANG BILA JAWAB DAN MELIHAT ORANG AWAM

      Padam
  4. Ini gila, Ada masalah mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama11 Julai, 2012

      JANGAN LA CAKAP G2 KAT ORANG X BAIK, AKU CUMA TERKENANGKAN NASIB ANAK2 DIOARANG JE MACAMANA BILA ANAK2 DIAORANG TENGOK KAT TV MAK DAN BAPAKNYA KENA TEMBAK KAT POLIS SAYU RASENYE

      Padam
  5. Tanpa Nama10 Julai, 2012

    Imam Mahdi gila,hahahaha

    BalasPadam
  6. imam mahdi? hehehee.....imam mahdi mana bawa sorang pengikut je kikikiki....dia kena bawa 10 batalion hahhahaha

    BalasPadam
  7. assalam, sampai mcmtu sekali....

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10 Julai, 2012

    Dulu kat Johor pun macam ni jugak, sekumpulan lelaki (tak kurang dari 10 orang) berbaju putih bersenjatakan pedang menyerang balai Polis, tak silap aku dalam tahun 1981-1982. Ada juga anggota polis yang cedera dan terbunuh. Mereka Mengaku Imam Mahadi jugak, yang peliknya kenapa pergi serang Balai Polis.

    BalasPadam
  9. dari komen-komen di banyak blog yang kami baca, ramai kata lelaki ni kurang betul fikirannya.. sebab itulah dia berani serang Jabatan Perdana Menteri seorang diri.

    BalasPadam
  10. salam..

    mcm2 skrg ni..

    BalasPadam
  11. Kene hati2 dengan orang2 macam ni.

    BalasPadam
  12. ish2 mcm2..ada ke mengaku imam mahadi..

    BalasPadam
  13. salam
    moga2 kisah seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita

    BalasPadam
  14. ..koi baca blog dia, susah nak faham apa yg cuba disampaikan.
    Al-fatihah.

    BalasPadam
  15. susah nak paham..
    nak kata memberontak, 2 orang je plak tu..

    BalasPadam
  16. dengar khabarnya lelaki ni dah meninggal dunia, wanita yang bersama dengannya tu isteri orang pula, bukan isterinya .. hanya peminat fanatik semata

    BalasPadam