Minum Kopi Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Mulut Dan Usus

Berita baik buat penggemar minuman kopi tegar kerana menurut kajian terbaru, dengan meminum sekurang-kurangnya empat cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko terkena penyakit kanser mulut sehingga 50 peratus disebabkan kesan perlindungan yang ada dalam kopi tersebut.


Penyelidik dari American Cancer Society di Atlanta berkata kesannya bukan disebabkan oleh kafien tetapi oleh beratus-ratus antioksida semulajadi lain yang ditemui dalam minuman tersebut.  Penyelidik itu juga berkata, ia juga tidak mengira berapa kerap seseorang minum kopi atau mengambil minuman keras.

Menurut American Journal of Epidoemiology, keputusan kajian itu turut mengesahkan sebelum ini,  kira-kira dua tahun lalu sekumpulan penyelidik lain juga turut mendakwa bahawa mengambil empat cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 39 peratus.

Sumber Daily Mail menyatakan, pengguna di Britain mengambil anggaran 70 juta cawan kopi setiap hari. Minuman popular berkenaan kini sudah terbukti dikaitkan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus, strok dan penyakit Alzheimer dan menjadikan ianya minuman popular di sana.

Bagaimanapun, terdapat juga kesan buruk jika pengambilan terlalu banyak kopi boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah manakala wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan kopi kerana meminum kopi berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat bayi yang kecil.  CBS News



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...