Tarikh Bubar DUN Dan Parlimen Malaysia 2013 ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). 

Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008. SUMBER

 
 
Ermm..bila nak mengundi ni? Rasa macam lambat sangat la pulak berlangsung setelah segala persiapan dan motivasi diri dilakukan. Buat pengetahuan semua saya akan membuang undi untuk kali ke-4 dalam PRU-13 tahun ini. Lagi lambat pengumuman rasa macam bertambah-tambah debarannya.

Kenapa ye? Di mana-mana orang bercerita tentang pembubaran Parlimen yang nampak gayanya akan terjadi secara automatik pada 28 April 2013, bila PM Najib mengambil langkah mendiamkan diri seperti sekarang. Anda dah semak daftar mengundi anda? Jika belum bolehlah semak di sini KLIK.

Sekadar memberi pendapat tanpa memihak kepada mana-mana parti. Lagi lambat PM Najib umum pembubaran Parlimen Malaysia, lagi bertambah andaian orang ramai kepada kerajaan yang memerintah sekarang contoh;
 
  • Cogan kata 'Rakyat Didahulukan' nampaknya nanti hanya tinggal cogan kata yang tidak bermakna apa-apa.
  • Berita di mana-mana menteri kerajaan mewar-warkan parti memerintah akan menang besar PRU-13, jadi nape tak bubar lagi?
  • Berani kerana benar, ayam jantan tak takut bertarung di gelanggang kan? Rakyat semua tak sabar nak mengundi kini.
  • 55 tahun memerintah, ada lagi yang tertinggal dan belum dilaksanakan ke? Telah banyak pencapaian  positif yang telah kita nikmati, alhamdulillah!
  • Rasa hormat takut jadi meluat pula bila hari-hari baca ada macam-macam alasan yang dikeluarkan media saluran perdana.
  • Kempen 'Saya Pilih Mengundi' pun dah dicanangkan untuk menggalakkan golongan muda mendaftar dan mengundi pada PRU-13 kali ini. Belanja tentu juta-juta RM kempen tu dan rakyat dak tak sabar nih?
  • Rakyat dah jadi meluat pula dengan pelbagai isu VIDEO SEX, dari video zina lelaki perempuan ke video sex sesama jantina.
  • Dakwat kekal dah beli takut expired pulak, nanti rugi juta-juta RM macam dakwat yang telah dibeli masa PRU-12 tempohari. Nak tengok demo KLIK sini.
  • Selebihnya anda tambah la sendiri...


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 27, 2013

21 Komen:

  1. Kita tunggu dan lihat pembubaran keseluruhan . hampir tiba.

    BalasPadam
  2. Makin lama tunggu untuk PRU13 semakin bosan untuk membuang undi.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum sahabat. lama xjumpa kn. ingat lagi sy x? kt syoknyerblogging. jom join balik snb http://syoknyerblogging.com

    BalasPadam
  4. hehe... bahang makin panas ni... dah tak sabar nak tunggu ni ... ;)

    BalasPadam
  5. Johor tu salah tu. bukan 21 mac. tapi 21 april.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, saya memang dah perasan..
      tak sempat nak edit gambar..sekarang dah
      siap di edit :)

      Padam
  6. Banyak masalahnya kut tu duk tangguh sokmo.........

    BalasPadam
  7. ada lagi yang kerajaan sekarang masih belum bagi rakyat, mereka rasa rakyat masih lagi tak cukup dengan apa yang telah diberikan. bagi lagi banyak gula-gula. itu sebabnya mereka lambat nak bubarkan parlimen :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk tengah malam ni DUN
      Negeri Sembilan akan terbubar
      secara automatik gayanya,
      mencipta sejarah lagi :)

      Padam
  8. Mungkin tak jadi pilihanraya...negara diperintah oleh yang dipertuan agong ...senang tak payah mengundi mungkin ada hikmahnya

    BalasPadam
  9. maybe nak tunggu sabah okay tak baru bubar...

    BalasPadam
  10. salam
    dah tak sabar nak tanda jari dengan dakwat
    masa ngundi dulu tak ada ni
    hehe

    BalasPadam
  11. hoho..semua tak sabar nak mengundi gayanya ni. hehe

    BalasPadam
  12. lambat mungkin sebab tak ready lagi untuk tewas kot. haha

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama28 Mac, 2013

    jom pakat g ngundi!!
    apa kata orang bawah?

    BalasPadam
  14. negeri den yang pertama terbubar...

    BalasPadam
  15. Salam...
    Tak sabar nak mengundi. Boleh memilih kerajaan yang menjamin kehidupan kita dan anak-anak di masa hadapan. Janji Ditepati.

    BalasPadam
  16. semua memang tak sabar nak mengundi rupanya. hoho

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama01 April, 2013

    Bantu la saye untuk dapat kan tarikh mengundi bile sbb takut sme tarikh mjls prkhwinan saye. . . pada bln 5 ini. . . Bukan mudah mgurus kn mjls prkhwnan ini oleh itu saye ingin tahu bila tarikh mgundi . . . Bntu la sye

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog