Semakan Daftar Pemilih Pengundi : PRU-13



Salam semua, rasanya tak lama lagi pilihanraya umum (PRU) yang ke-13 akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja lagi. Lebih yakin lagi apabila  kerajaan Barisan Nasional sekarang dalam keadaan yang amat selesa berbanding PRU yang lepas apabila agak goyah keadaannya menyebabkan kerajaan Barisan Nasional kehilangan kuasa di 5 buah negeri Selangor, Kedah, Perak (tadbir semula), Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. 

Sebagai warga negara yang layak mengundi anda sepatutnya sudah pun mendaftar sebagai seorang pemilih. Sebagai langkah persediaan kepada kita semua yang merasakan mereka warganegara yang bertanggungjawab dan sewajibnya mengundi sebagai cara memilih pemimpin yang kita rasakan sepatutnya mentadbir urus negara kita dari segi kewangan, undang-undang malah agama rasmi negara kita islam.

Seandainya anda yang berumur 21 tahun dan ke atas, langkah awal yang perlu anda lakukan adalah mendaftar sebagi pemilih di mana-mana cawangan pejabat pos yang ada menyediakan perkhidmatan ini.Setelah mendaftar sebaiknya selepas beberapa bulan anda perlu memeriksa daftar pemilih anda itu, adakah telah tersenarai sebagai pemilih berdaftar dan layak mengundi. Selain tempat mengundi yang sepatutnya sesuai dan telah anda nyatakan semasa mengisi borang daftar terlebih dahulu.


Anda boleh menyemak daftar undi anda yang terkini di link yang saya berikan di bawah, atau melayari laman sesawang khas PRU 13. Jangan lupa, UNDI anda tanggungjawab anda, UNDI adalah perlu dalam proses demokrasi dan UNDI anda adalah rahsia. Selamat menyemak!




"..marilah mari, pergi mengundi..
jangan lupa kewajipan pada negara.."


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 09, 2011

36 Komen:

  1. Nanti kome daftar sebagai pemilih..

    BalasPadam
  2. Tunaikanlah tanggung jawab anda sebagai rakyat yang perihatin.

    BalasPadam
  3. Kawan dah mengundi 3-4 kali dah :)

    BalasPadam
  4. keh dah ngundi 2 kali.. bagus entri ni.. keknya, kerajaan BN tumbang di 5 negeri : Selangor, Kedah, Perak (tadbir semula), Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan

    BalasPadam
  5. @Hisyam Muhibah

    opsss..
    terlupa pulok..?
    nanti koi perbetulkan

    BalasPadam
  6. marilah mari...pergi mengundi..tunaikanlah kwajipan..pd negara :)

    chii da daftar..yg lain..bila lg :p

    BalasPadam
  7. @chii

    Bagus tu Chii...
    tahniah!!

    BalasPadam
  8. @akuanakpahang @ Relevan @ Anip

    Tunaikan tanggungjawab kita..
    selamat mengundi nanti..anytime
    jer nih..

    BalasPadam
  9. salam..
    sy dah daftar tahun lepas..bru lepas semak..excited btul bila semak kt
    http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/
    maklumat sy ada..lps ni bolehlah menunaikan tanggungjawab..bln 9 thun lepas semak maklumat masih tak ada..hr ni semak dah ada..bguslah..lega.. :D

    BalasPadam
  10. As salam...

    A'ah..dah x lama..
    Byk dah tanda2..

    BalasPadam
  11. wahh..terasa semangt nak mengundi la..sebb baru cukup umur n pes time mau ngundi..wuhu`~

    BalasPadam
  12. Errkkk....
    Ni nak mengundi dah ke ni?

    BalasPadam
  13. sy dah daftar cume nak tukar pusat ngundi je heheheee

    BalasPadam
  14. kena daftar lepas ni.. jika tak undi mmg rugi besar heee

    BalasPadam
  15. dun merlimau tak dpt undi sb tak tggl sana heee

    BalasPadam
  16. salam..
    akhi mengundi di mana nanti?

    BalasPadam
  17. @mengenaldiri

    Parlimen Ampang..
    insyaallah.. DUN
    Lembah Jaya

    BalasPadam
  18. Harap2 tahun ini dapat le mengundi... asyik menang tanpa bertanding je...

    BalasPadam
  19. @akuanakpahang

    samalah kita Yassin..
    koi pun rasanya 3-4 juga
    lupa2 pulak..he he

    BalasPadam
  20. @adele

    Kali pertama lah ni ye?
    mesti teruja rasanya..

    BalasPadam
  21. @Cik SHiNJU

    Ermm..aok dah daftar wehh?

    BalasPadam
  22. haaa.. daftar jgn tak daftar yerrr.
    Bila dah daftar tu kena lah ngundi pulok weh, jgan daftar je, ngundi dok mboh.. :)

    BalasPadam
  23. kalau siapa yang tak nak mengundi tu..bak bagi aku i/c dia...aku nak lelong kat e-bay...

    BalasPadam
  24. dekat dah nak pilihanraya..

    BalasPadam
  25. huhu keriuhan time mengundi memang best.

    Latest Entri :
    Alhamdulillah, dah selamat bersalin

    BalasPadam
  26. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama11 April, 2011

    Dah banyak kali dah mengundi... cuma sayang sekali tiap kali calon pilihan saya kalah.... hahahah, harap harap tahun ni boleh menang. insyhallah

    BalasPadam
  28. HAMBA PACAR YANG HINA11 Jun, 2011

    pru13 nanti xkisah lah siapa yg menang TETAPI INGAT!JANGANLAH PARTAI yg menang dln PRU13 MENGGADAI MARUAH BANGSA SEAGAMA DAN NEGARA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI SENDIRI.JANGAN JADI PENGKHIANAT KEPADA NUSA DAN BANGSA.RENUNGKANLAH APA YANG HENDAK DISAMPAIKAN OLEH ALLAHYARHAM SENIMAN AGUNG P.RAMLI DALAM FELIM BELIAU,(SARJAN HASSAN)PENGKHIANAT MODEL SKRG SUDAH BERTUKAR WAJAH,IMEJ.DAN IDENTITI.SAUDARA2KU,FIKIR-FIKIRKANLAH SIAPAAAA????.....PENGKHIANATTTT ITU!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. YA PENGKHIANAT YG MENYEBABKAN KETIRISAN WANG YANG BERBILIION DAN HAMPIR MELENYAPKAN EKUITI DAN PEGANGAN BUMIPUTERA DARIPADAPULUH-PULUH BILLION TINGGAL DIBAWAH SEPULUH. PENGKHIANAT YANG MEWUJUDKAN DEB UNTUK KEPENTINGAN KRINI DAN MENGHAPUSKAN DEB DEMI KEPENTINGAN UNDI........... PIKIR JAGN TAK PIKIR

      Padam
  29. Tanpa Nama19 Julai, 2011

    dh daftar...tp dlm proses lg...agak2 leh ke nk ngundi thn ni ek??rugi 1 undi la nt...

    BalasPadam
  30. bulan Oktober ni dah msuk 21 tahun... x sabar nak daftar jadi pemilih ni

    BalasPadam
  31. kawan baru nak daftar PRU13 ni, camna ya?

    BalasPadam
  32. En. Zulkbo, kawan baru nak dafter, boleh ke daftar dari internet? kalau boleh...apa blognya...tlg bagitahu....TQ

    BalasPadam
  33. @Anonymous

    setahu saya tidak boleh mendaftar
    di laman sesawang..anda perlu setidaknya
    ke pejabat pos..ada di sediakan perkhidmatan
    ini..isi borang ..sekejap je selesai

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama22 Mac, 2012

    sy dah daftar...

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama27 Mei, 2012

    saya nak daftar undi tapi saya belum daftar lagi so. mcm mane saya nak daftar .....

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog