Istiharkan Cukai Pendapatan Dengan Betul Dan Tepat : LHDNM



Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)  memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Individu dan Majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011. Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.

Sehubungan dengan itu, LHDNM menyeru semua pembayar cukai supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir (30 April 2011) bagi mengelakkan kesesakan talian. Baki cukai pendapatan yang perlu dibayar (jika ada) hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang nyata bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.

LHDNM juga ingin mengingatkan semua Pembayar Cukai agar mengemukakan maklumat yang tepat dan mengistiharkan cukai pendapatan mereka dengan betul. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang dituntut dalam mengira cukai pendapatan, hendaklah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan auditan oleh LHDNM.
 
LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan penyiasatan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan tersebut akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap Pembayar Cukai.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian, boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my.

NOTA KAKI: Buat pembayar cukai semua, mulakan langkah awal anda dengan membayar sekarang dan jangan tunggu hingga ke saat akhir tarikh pembayaran.Ini dapat mengelakkan kesesakan di pusat pembayaran mahupun di talian e-Filing apabila tiba tarikh tutup pada 30 April 2011 nanti. Selamat membayar cukai.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 08, 2011

31 Komen:

  1. hehehehe...aku miskin tegar..camne nak isi form..

    BalasPadam
  2. Kadang org suka koner2 sikit bukan apa bayar pun boleh kecik sikit hehehe :)

    BalasPadam
  3. @abadi romeo

    Ko mana miskin zul..
    tapi diam2 kan..he he

    BalasPadam
  4. @akuanakpahang

    Entahlah Yassin..
    bergantung pada individu
    setakat ni koi betul aje..
    he he..

    BalasPadam
  5. Ade gak ke yg mengelat mase isi form?

    BalasPadam
  6. Menyokong..jangan buat2 diam sahaja dengan cukai Hasil pendapatan ini..

    BalasPadam
  7. hoho...sy msh lg xperlu utk membayar cukai..hehehhe

    BalasPadam
  8. gomen semua dah kena potong gaji dulu takleh nak lari dahhh

    BalasPadam
  9. errrrk.... Nak dekat dah. Tak check lagi hasil tahun lepas banyak ke sikit....

    BalasPadam
  10. hello zulkbo,
    cukai blog pun kena bayar juga hehe

    BalasPadam
  11. @zella y

    pernah bayar cukai haritu sebelum berhijrah ke luar negara..

    BalasPadam
  12. @Sabahan Bloggers Club

    selain bayar cukai,jangan lupa bayar hosting hehe

    BalasPadam
  13. As salam..
    Eh, bukan ke tiap2 bulan dia dok potong?
    Gaji tinggi sikit, byk la yg dipotong. Hmmm..

    BalasPadam
  14. lupe plak passwordnya abg zul..kne tanya LHDN la huhuhhhh

    BalasPadam
  15. Kene check online nampoknye ni.

    BalasPadam
  16. @iza


    Alaikumussalam Iza..
    memang dah potong bulan2 pun
    tapi tetap kena submit dekat LHDN
    nak dapatkan balik seandainya ada
    yang terlebh atau terkurang bayar..
    potongan majikan bulan2 tak tolak penggunaan lain yang turut di beri tax contoh Broadband tahun ni ada pengecualian sebanyak RM 500 rugi kalau kita tak dapatkan wang itu

    BalasPadam
  17. Jadikan pengalaman bayar saman last minit tu..
    jangan sampai menyusahkan diri

    BalasPadam
  18. tak isi lagi...

    isi je kena x kena, janji isi

    ade member sy buat tak tau je...kalau dia isi x kena pun cukai...tapi sikap dia buat acuh x acuh je...sampai je surat kena bayar dende RM2 ribu lebih...haru maru wehhh

    BalasPadam
  19. tiap tahun terlupa password nak bukak e-filing..nampak gayanya kena mintak baru. Tak pernah kena lagi setakat ni, gaji kecik jer...!

    BalasPadam
  20. nasib baik le teringat...asyik lupa je nak buat efeling nih...

    BalasPadam
  21. salam, t kasih atas makluman, hampir lupa nak buat.

    BalasPadam
  22. semakin baik servis LHDN. Tahniah buat mereka.

    BalasPadam
  23. salam
    elok sangat kalau dapat buat awal
    tak la kelam kabut nanti

    BalasPadam
  24. Salam, terima kasih kongsi
    lepas baca entri ni baru teringat yang akupun belum hantar borang cukai lagi.. nak kena buat cepat ni

    BalasPadam
  25. thanks bor sbb mengingatkan
    jom kita istihar
    :)

    BalasPadam
  26. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  27. Jangan lupa submit cepat...jgn last minit mcm bayar saman hari tuh..time last tu la sibuk semua nak bayar..lepas tu bila server down marahkan org..pada hal bagi masa dah lama.

    BalasPadam
  28. haiii,, salam kenal ia dari dian. ^^
    o iya jangan lupa mampir ke blog dian iya di http://blog.umy.ac.id/rumahkiat/,
    wuaaaah.. blog kamu bagus. good luck iya kawan.. ^__^

    SALM BLOGER INDONESIA.

    " Tukeran link juga bisa. "

    BalasPadam
  29. Untuk tahun 2012 ni koi dh siap anto dahh...he3x!!!

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog