Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan Di Pekan Pahang




Sambutan Hari Air Sedunia merupakan satu agenda penting yang disambut di Malaysia kerana ia dapat memberikan impak yang besar dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan isu-isu sumber air dan alam sekitar secara holistik dan bersepadu.

Tema"Water For Cities Responding To The Urban Challenge" yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara sumber air.

Ekspedisi Berakit Antarabangsa akan menjadi acara pembuka tirai Hari Air Sedunia 2011 yang bakal diadakan di Pekan, bermula 9 Mac dan acara perasmian pada 12 Mac 2011(Sabtu) ini.Mari ramai-ramai kita meriahkannya.

Tarikh :12 Mac 2011

Tempat :Pekan River Front, Pekan, Pahang

Dirasmikan oleh  :YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 10, 2011

18 Komen:

  1. salam,
    jauh tu walaupun masih dalam Malaysia..
    sama2lah kita menjaga kualiti air supaya ianya selamat untuk generasi akan datang..

    BalasPadam
  2. Ramailah yang pergi bermain air kat Pahang nanti ni kan? Pekan dah ada river front? Dah lama tak jalan-jalan ke Pahang.

    BalasPadam
  3. Salam Zul, air itu rahmat.. tak ada air susah nak kata :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    air and air,

    dua unsur dan nikmat Allah yang tidak terhingga secara percuma....namun di botolkan dan di tangkikan menjadikannya lebih bernilai.

    BalasPadam
  5. as-salam,

    sila jgn buang air merata-rata... hehehe

    BalasPadam
  6. hargailah air anda...ahahaha.... lucu nampak komen My Little Diary

    BalasPadam
  7. assalamualaikum abg zul...

    air dapat percuma tetapi kalau nak buang kne bayar huhuhuhuhhhh

    BalasPadam
  8. Air di kampung kadang2 mengalami tekanan rendah.. org tua2 yg besandar pada telaga kesian tengok mengankut air yang berat. Kat bandar pulak tekanan tinggi, tapi membazir.. bukak pili x tutup kemas2 air menitik dari malam smpai pagi.. bila air takda baru sedar kot.. nasihat untuk diri sendir dan semua sempena hari air sedunia

    BalasPadam
  9. wah...syoknyer ade pesta air...kat klang xle buat pesta air sbb sungai klang kotor...hehehhe

    BalasPadam
  10. hari air sedunia...perlis tak plak dengaq.....

    BalasPadam
  11. Salam..
    rindu sungai pahang..dan ikan patin gulai tempoyak..huuuuu

    BalasPadam
  12. As salam..
    Air sumber kehidupan, kalau air tak ada, apa pun tak leh nak buat.
    Masa di kg dulu, kalau air tak ada, ke air terjun seri perigi, batu hampar atau titi hayun la jawabnya.

    BalasPadam
  13. mcamana klau x ada air...

    BalasPadam
  14. salam
    suka air nescafe
    hehe

    air gunung yang sejuk
    air bukit yang jernih

    dah lama tak main air terjun ni

    BalasPadam
  15. patutlah nampak ada banner Hari Air Sedunia tadi..
    semalam tak perasan pulak ada :D
    Sabtu ni jugak ada hari terbuka TUDM Kuantan.
    Details ada kat blog :D

    BalasPadam
  16. erm..kalo chii blk umah nenek..leh ar gak join =)

    BalasPadam
  17. Untuk Makluman Semua - Sambutan Hari Air Sedunia 2012 akan diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah, Tetamu perasmi adalah YAB Ketua Menteri Melaka. Tempat dan Tarikh akan dimaklumkan kelak.Sama-sama warwarkan.... TQ Sekretariat UNESCO-IHP Malaysia.

    BalasPadam
  18. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA