Main Golf Sampai Atas Pokok : Saksikanlah Sergio Garcia !

Padang golf selalu dihijaukan dengan dengan pelbagai pokok-pokok. Bagaimana sekiranya dalam perlawanan, bola golf anda tersangkut di atas pokok? Pasti menyusahkan, kerana setahu saya bola golf yang masih dalam permainan tidak boleh disentuh oleh pemain. 

Inilah yang terjadi dalam pusingan ketiga Kejohanan WGC-Cadillac, apabila Sergio Garcia telah memutuskan untuk melakukan pukulan dari atas pokok. Sergio mula memanjat pokok tersebut dan seterusnya memukul bola golf dari atas pokok pada lubang ke-10 di Bay Hill.



 


Beliau berjaya mengembalikan bola golf tersebut ke laluan sepatutnya, tetapi malangnya masih dibuat 'double-bogey' pada lubang tersebut. Namun, itulah cara yang cukup kreatif untuk mendapatkan bola anda kembali ke dalam permainan dan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Bagaimanapun, pemain golf terkenal dan popular, Tiger Wood telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan WGC-Cadillac Championship dalam siri jelajah PGA 2013 kali ini dan membawa pulang wang tunai yang agak lumayan. Berikut keputusan penuh pertandingan tersebut:

 
 
Sumber: Yahoo News


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 26, 2013

11 Komen:

  1. betul2 fokus terhadap permainan

    BalasPadam
  2. hahahaha..dasyatnya..sampai macam tue sekali

    BalasPadam
  3. Macam-macam hal kerana hadiah yang ditaruhkan pun lumayan.

    BalasPadam
  4. laah..sah2 jadi beruk pula hihi..malu le org tgok jgn buang anging loh

    BalasPadam
  5. Haha kelakar bila tengok gelagat dia

    BalasPadam
  6. salam
    masih juga dia dapat kedudukan keempat tu
    berbaloi dia panjat pokok

    BalasPadam
  7. bersungguh benar ni

    BalasPadam
  8. sampai macam tuh sekali yer...hehe

    BalasPadam
  9. salam.
    aku memang tak pandai tengok golf. kira pun tak tahu, main pun tak tahu

    BalasPadam
  10. hoho..sampai panjat pokok lagi tu. haha..

    BalasPadam