Mohon BR1M Dilanjutkan Ke 10 Februari 2012




Salam semua, ini ada berita gembira buat semua rakyat Malaysia yang berminat memohon bantuan rakyat BR1M RM500 sempena Belanjawan Negara 2012 tempohari. Masih ada masa untuk anda yang mungkin terlewat mendapatkan borang dan menghantarnya.

Tarikh tutup untuk orang ramai menghantar borang permohonan bagi skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dilanjutkan ke 10 Februari 2012 ini. Tarikh tutup bagi permohonan BR1M sepatutnya adalah pada Selasa 10 Januari 2012 lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, orang ramai boleh menghantar borang berkenaan kepada pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan agensi-agensi yang mengendalikan urusan bantuan itu.

Pada anda yang masih belum mendapatkan borang tersebut, bolehlah mendapatkannya di cawangan LHDN yang berdekatan. Di sini saya sediakan pautan dalam bentuk PDF yang boleh anda cetak sendiri. Selamat memohon, tapi pastikan anda benar-benar layak untuk memohonnya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 13, 2012

10 Komen:

  1. Alhamdulillah.. Berita baik ni buat semua. :D

    Semoga bantuan ini sampai tepat ke golongan sasar.

    Post Terbaharu Saya - Swiss Army Knife Alam Digital

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan begitulah..
      serba tak kena kerajaan
      2-3 hari ni..semuanya
      di tangguhkan semalam
      SPBA juga ada penanguhan

      Padam
  2. aiiiikk kes SBPA tak selesai lagi
    BR1M pulak... serba x kena dh kerajaan ni
    x lama doh gamoknya riwayatnya
    kalau ginilah buat kerja
    alamat laaa...

    BalasPadam
  3. ke masih tak cukup duit nak bagi rakyat??

    kalau beginilah gayanya, saya risau, brim dan sbpa yg tujuan asalnya untuk menarik kesukaan rakyat, telah bertukar kepada ketidaksukaan rakyat..

    BalasPadam
  4. Kerajaan bagi peluang pada rakyat untuk memohon lagi BR1M. Satu berita baik pada rakyat.

    BalasPadam
  5. jadi cepat2 la hantar..kan..ehehehhe..lama sy tdk ke sini abg zulkbo...sebulan balik kg..x line tenet..nak minta tunjuk ajar pasal SEO..boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. erkk..nak ajar SEO? MUDAH.....

      Prinsip SEO pertama ialah kita kena pastikan kelajuan laman blog kita(loading blog) sebab menurut Google, BLOG/WEB
      MUST SPEED!

      Padam
  6. salam
    lenjutkan tarikh hantar borang ni baik
    jangan tangguhkan tarikh nak bayar sudah la

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      sekali kena la tu Bro..
      mesti lambat bayar sikit lah
      jawabnya..he he

      Padam
  7. Elok diberi peluang yang mana tempoh hari terlepas peluang menghantar borang BR1M

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA