Gambar MPV Toyota Avanza Baru 2012


Salam semua, hari ini Toyota Malaysia melancarkan model edisi terbaru kenderaan MPV nya yang paling popular Toyota Avanza. MPV ini didatangkan dengan pelbagai spesifikasi yang baru buat penggemar kenderaan pelbagai guna. MPV ini dijangka mendapat sambutan hangat seperti mana sewaktu pelancaran model edisi pertamanya dahulu. Pengalaman saya menggunakan Toyota Avanza edisi keduanya, memang memuaskan hati kerana kurang mendatangkan masalah.








Ini harga yang di jangka akan dijual di pasaran tempatan, tidak termasuk harga di Langkawi dan Labuan. Maklumat lanjut mengenai model ini anda boleh dapatkan di cawangan terdekat Toyota di kawasan anda atau melayari laman web www.toyota.com.my.
Avanza 1.3   - RM64,590
Avanza 1.5E - RM72,590
Avanza 1.5G - RM77,290
Avanza 1.5S - RM79,590



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 11, 2012

44 Komen:

  1. nampak hensem je kan?...

    BalasPadam
  2. @blog-tips-kurus

    Okey tu :)
    cepat pergi booking..
    saya jamin tak menyesal
    he he..

    BalasPadam
  3. Wow! Harga mampu milik ni. Mau tercabar proton..

    BalasPadam
  4. Saya pakai yg 1st model 1.3 2004 sampai sekarang ni.

    BalasPadam
  5. salam, pernah pakai versi lama...jimat dan selesa..cuma agak melambung bg penumpang belakang...yg baru dah baiki kut?

    BalasPadam
  6. lebih cantik dr. model sebelumnya. terutamanya bahagian depan.

    BalasPadam
  7. apa lagi sifu
    boleh tukar hok lama tu
    ambik hok ni pulak :)

    BalasPadam
  8. Kalau hendak saiz yang besar Proton Exora paling sesuai.

    BalasPadam
  9. @Anak Ulu Cheka

    Tak daye dah nak sambung
    hutang lagi weh :)

    BalasPadam
  10. @Denaihati

    Harga pun nampaknya
    lebih mahal sedikit
    dari model terdahulu..
    he he..padan la pun kan?

    BalasPadam
  11. @Abhamz
    Rasanya edisi kedua avanza yang
    saya guna pun agak melambung juga,
    sebab dia kan tinggi..jadi kalau ada
    bumper jalan nak kena slow lah

    BalasPadam
  12. @akubiomed
    Kalau nak yang power memang kena pakai Proton Exora..cc pun lebih khabarnya 1.8 kalau tak silap saya..tapi pengalaman rakan minyak 50 sen per/km di jalan bandar..tak tahan Bro..berbeza jauh dengan enjin Avanza 1.5G yang saya guna,minyaknya hanya -20sen per/km di jalan bandar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah konfius...nak ambik avanza or exora bold??ermmm

      Padam
  13. ramai pengguna avanza kat sini ye. apa yg lainnya avanza baru ni? fizikal body ada lain sikit kan. interior?

    BalasPadam
  14. Assalam, Kalau bender baru lawa blake yak :)

    BalasPadam
  15. salam..
    lagi musim nak raya cina lgi byk tawaran yg depa buat geee

    BalasPadam
  16. warna putih mmg cun..tapi kena rajin jaga..basauh heeee

    BalasPadam
  17. reka bentuk berlengok2 hee...cun klu dpt bonus byk moh gak beli sbjik heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah pernah pakai warna hitam,ingat nk silver pulak pas nih:-D

      Padam
  18. kalo ade duit memang teringin nak sambar satu.. senang nak jalan jauh dgn keluarga yg ramai..

    p/s kotak komen blog kakyong pun jadi mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah report kat Mari Bina Blog
      saya pun tak tahu apa problemnya
      nanti senang nak godek balik
      blog malam nih :)

      Padam
    2. cuba tukor setting kotak komen ke pop-up window..

      kakyong dah tukor.. Alhamdulillah.. dah elok kotak komen..

      Padam
    3. Salam

      Blogger dah masukkan threaded comment dalam blogspot. Blog yang pakai template dari template designer, automatik jadi stail threaded comment macam ni.

      http://buzz.blogger.com/2012/01/engage-with-your-readers-through.html

      Padam
  19. Ada perubahan daripada model terdahulu.. dan agak menarik. Cuma harganya buat Saya rasa Exora lebih berbaloi. :D

    Post Terbaharu Saya - Bertukar Kepada MPV?

    BalasPadam
  20. dah beli kereta. jadi, mampu tengok ajela.hehe

    BalasPadam
  21. Assalam..
    Ala...cutenya warna putih, teringin ni...
    tapi hubby saya nak buat rumah dulu...huhu...

    BalasPadam
  22. @Nescafe ais

    Saya tukar setting kotak komen ke pop-up window jadi macam lama dah..he he..thanks singgah Bro

    BalasPadam
  23. @Iza Teratak Usang
    W_salam..
    saya sokong..beli atau buat
    rumah dulu..itu lagi penting

    BalasPadam
  24. orang kata siapa yang duduk kat seat belakang seklai rasa macam terlompat-lompat .. betul ke ?

    jemput lihat entri ttg SBPA di blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha..
      gitulah gayanya kalau
      yang edisi pertama..rasanya
      edisi baru ni pasti dia dah
      buat penambahbaikan..bolehlah
      cuba pandu dulu Tuan..

      Padam
    2. terlompat-lompat??alamak...betul ke ni??kanselllll

      Padam
  25. salam
    makin lama nampak makin cun pulak
    biasa juga naik yang edisi pertama [kawan punya]

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      dah nampak cun tu
      bolehlah berkira
      sambar satu Bro :)

      Padam
  26. mau lawan exora nie,,,tapi saya minat nissan livina

    BalasPadam
  27. Bentuknya yg berubah ja....jgn cepat nak memiliki....versi lama pun belum abis bayar broth....

    BalasPadam
  28. tak nampak banyak perubahan dari segi rupa bentuk, mungkinkah toyota dah kekeringn idea? Atau selepas ini ada kejutan dari toyota?

    BalasPadam
  29. Buat rakan rakan semua. Saya dah pakai Avanza hampir 4 tahun, tidak pernah problem. Lanyak ke utara dan keselatan dengan keluarga, setakat ini ,Alhamdullilah semua cun.Saya pakai 1.3 , tapi setakat 150/140km/j biasa. Boleh tekan laju lagi tu. Minyak pun save sangat. bukit atau jalan ape ajer, tak ada masaalah. Saya puji ada fakta .2nd car, kalau Avanza pun harga masih tinggi.dan masih baik materialnya.

    BalasPadam
  30. sy dh tempah avanza, spec da byk improve. kalau innova xmpu lagupun model facelift je tgu la 2 3 thn lagi

    BalasPadam
  31. Avanza dxfrty goos t a mampilak bikis buyus

    BalasPadam
  32. nak mncelah..truk sgt ke mlambung bila d'seat blkg...bkn ape igt nk pkai avanza tp tkot plak dgr mcm2 komen..tkot slah buat pilihan almaklum la beli keta bkn mcm beli baju leh tkar2...tlg sape yg dah ada pgalaman avanza baru ni...

    BalasPadam
  33. tapi ari tu nak tolak avanza 1.5g kat used car dia orang tak nak.....tak tau nape.....ingat nak tradw in kpd exora....sesetengah tu ambik harge murah....x bebaloi

    BalasPadam
  34. Memang ok..teringin nak memilikinya mybe next year..insyaallah

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA