Cara Dan Siapa Yang Layak Memohon Bantuan RM500 Daftar Bermula 10 Disember 2011 : Budget 2012



Bantuan Tunai RM500 kerajaan sempena Budget 2012 tempohari boleh di lakukan tuntutannya secara berperingkat. Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan dan pembayarannya  hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN.

Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan memberi menafaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah. Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

ISI RUMAH YANG LAYAK MEMOHON MERUJUK KEPADA:
1-Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa. 

2-Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. 

3-Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan. 

4-Warga emas yang sebatang kara. 

5-Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

Sumber: BERNAMA



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 01, 2011

40 Komen:

  1. gunakanlah segala kesempatan yg ada nih
    org memberi kita merasa
    rencah PRU semakin menjadi

    BalasPadam
  2. Semoga LHDN dapat memantau dan meluluskan keluarga yang layak je untuk mendapat bantuan ini

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  3. Salam zul, moh pakat daftar kita :) Hak serum kena daftar ngan LHDN kena kemukakan berbagai bender silap2 untung sabut tenggelam :)

    BalasPadam
  4. Sallam En. Zul,
    Terima kasih atas info ini,
    kena bagi tau belaka gayanya
    mana hok tak tau tu, suku hok layak.

    BalasPadam
  5. @Anak Ulu Cheka

    Memang kerajaan tengah bermurah hati nih..orang nak bagi kita ambik..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  6. @Anastasyea Aida

    Memang kena pantau dan selidik betul..takut ada yang ambil kesempatan nak menipu pula

    BalasPadam
  7. @akuanakpahang
    W_salam Yassin..
    koi dah lama daftar LHDN ni
    confirm tak layak....he he

    BalasPadam
  8. @LIPISLADY

    W_salam LL
    mungkin aok salah seorang yang layak..selamat mencuba...moga rezeki aok nih :)

    BalasPadam
  9. Tengok le nanti... Blom daftar lg.. Tp cam xlepas je... Tu yg malas..

    BalasPadam
  10. Sesaklah pulak tempat2 tu. Tak aperlah, rm500 tu membantu musim semua naik ni.

    BalasPadam
  11. Harapan teman selepas PRU 13, kerajaan teruskan program ini. memang serba sedikit membantu rakyat malaysia.

    Terima kasih diatas info ini =)

    BalasPadam
  12. @Anak Ulu Cheka

    setuju.kerjaan tengah bermurah hati ni. ehe

    BalasPadam
  13. @jedi

    Jangan malas main dengan duit
    RM500 nih..tak tahu bila lagi
    gomen nak kasik..luangkan masa anda
    mana tahu layak dapat

    BalasPadam
  14. @Kunang-Kunang

    Confirm sesak kak 10-Dec nih
    bab bayar saman semua nak lambat
    dan lengah tapi bab ambik duit
    pagi dah beratur..he he

    BalasPadam
  15. @ahmad kamil

    Harapan saya juga Bro..
    bukan hanya menabur gula-gula
    di kala mereka mendapat keuntungan
    sahaja..rakyat mesti di utamakan..
    selama-lamanya :)

    BalasPadam
  16. Kerajaan tengah murid hhati tapi janganlah ada yang ambil kesempatan..
    ada yang gaji campur laki bini dah lebih tapi masih nak tuntut..
    ada pula ambil upah buat tuntutan sebelum masa tuntutan..
    fikir2kanlah mereka yang lebih layak..
    Jangan jadi kes kat sekolah satu masa dulu..
    naik kereta mewah(tauke) tapi merayu2 nakkan bantuan buku teks..
    ermm..

    BalasPadam
  17. Salam.
    Banyak yang tertunggu2 bantuan ni, :D

    BalasPadam
  18. hati-hatilah,
    jangan tenggelam,

    BalasPadam
  19. banyak betoi bantuan kebelakangan ni...... semakin terasa lak bahang PRU. he he....

    BalasPadam
  20. salam kenal dan dofollow sini
    kalau pendapatan ketua kuarga x sampai pun 2 ribu tapi pendapatan istri tinggi x layak ke.. kan pendapatan somi untuk tanggung kuarga.. bab org tabur duit ni, ke'wajipan' kita la untuk 'mengutipnya'...

    BalasPadam
  21. Tak sabar nak menunggu 10 Dec 2011 hehehe. Duittu nanti boleh b3njy dermakan sedikit kepada anak2 yatim sebagaimana kempen menderma b3njy :D

    BalasPadam
  22. salam
    nampaknya tak layak la kita ni
    huhu

    BalasPadam
  23. Salam Saudara Zulkbo,

    Terima kasih sudi beri info ni.

    BalasPadam
  24. @cikgu isza

    Khabarnya siapa yang tipu akan
    di penjara selama 3 tahun..jadi
    berpadalah..

    BalasPadam
  25. @Zezebel Lair

    Betul tu..ramai yang
    tertunggu-tunggu mana
    nak ambil nih :)

    BalasPadam
  26. @abu muaz

    Insyaallah..orang bagi kita ambil
    bab undi tetap tetap rahsia :)he he

    BalasPadam
  27. @aimaniman

    W_salam wbt
    setahu saya ianya di kira pendapatan
    seisi rumah..sudah tentu campur suami dan isteri

    BalasPadam
  28. @Benjy

    Moga tercapai hajat dan niat baik
    anda itu Benjy..

    BalasPadam
  29. @tehr

    Confirm tak layak kita nih..
    kalau nak pusing pun better jangan,
    nanti tak pasal ke jel 3 tahun..he he

    BalasPadam
  30. @Kunang-Kunang

    W_salam wbt..
    terima kasih singgah
    Kak..moga anda selalu
    sihat hendaknya :)

    BalasPadam
  31. tompang tanye...sbb ramai tanye ni... law pendapatan seisi rumah bawah rm3000...tp suami isteri tu belum ade anak ...layak x mohon..?

    BalasPadam
  32. Alamak bro klu pndapatan suami istri RM3200 layak x pohon tp dia org dh ade 2 ank?

    BalasPadam
  33. macam mana nak kira layak ke tak? gaji kasar atau gaji bersih selepas hutang2 di tolak..? mintak pencerahan lagi.. gaji aku dah rm19++ tapi lepas tolak hutang tinggal 1k je sebulan.. bini aku hampir 2k gak... jadi layak ka dak?? kan buat penat je isi..

    BalasPadam
  34. @Fat

    Boleh memohon kalau bawah RM3,000 sebulan walau masih belum ada anak..sila lah cuba.

    BalasPadam
  35. @Mia Othman

    Kalau basic gaji dah RM 32OO masih boleh mencuba..pasti anda ada menanggung mak ayah juga kan walau tanpa anak?

    BalasPadam
  36. @Unknown

    Sebagai ketua keluarga saya rasa anda layak Bro..bolehlah mencuba

    BalasPadam
  37. nk tnya:

    1- diaorg nk gaji pokok @ gaji bersih @ gaji + elaun.

    2- klu borang dah anta tp terlupa nk bg salinan ic ngan slip gaji tanggungan cuma bagi yang pemohon je..nk kene isi borang semula ke..

    BalasPadam
  38. @Anonymous

    Nak tahu juga anda hantar di mana..
    setahu saya kalau hantar di caw LHDN ada pegawai yang akan semak keperluan permohonan tersebut..jadi pasti tak tertinggal apa yang di mahukan..

    BalasPadam
  39. macam mana gaji rm3000 keatas layan dapat bantuan??
    tidak adil....
    penupi!

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA