Borang BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia : Mencari Yang Original?




Salam semua, memang ramailah yang mencari borang BR1M ni walaupun sesetengah tu ada yang tak layak pun sibuk nak cari. Mencuba nasib agaknya? Nasihat saya, jangan nak buat pasal kalau ada niat nak menipu. Nanti kerana RM 500, tak pasal ke mahkamah dan silap haribulan masuk ke penjara pula.

Kisah borang BR1M ini bukan sahaja menarik perhatian blogger menulis entri berkenaannya. Termasuklah saya sendiri kerana, kalau nasib baik entri anda di carian hadapan Google, trafik masuk mencanak. Tak caya cuba tengok blog Kak Yan ni, ermm..alhamdulillah, rezeki rakan blogger dan saya tumpang gembira.

Ada kisah menarik bab carian Google ke atas borang BR1M ini. Satu hari tu, adik perempuan saya yang sudah berkahwin dan berniaga sendiri, beliau sendiri tercari-cari borang BR1M ini di internet. Tiba-tiba beliau call saya " Abang Zul, Wawa cari di internet, jumpa borang ni di blog Abang Zul". Tersenyum saya kerana ada juga fardhu kifayah yang saya lakukan.

Lagi kisah borang BR1M ini, khabarnya ada pihak yang sampai mengambil kesempatan di atas keperluan orang lain sehingga menjual borang BR1M ini. Dari RM2.00 sehingga mencecah RM50.00, alahai..memang dasar manusia lintah darat yang suka mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Bukan itu sahaja, khabarnya borang ini ada yang palsu? Sampai macam tu sekali? Manusia jenis apa yang sanggup buat begitu? Untuk pengetahuan semua borang BR1M  di edarkan oleh kerajaan secara percuma. Anda boleh dapatkan salinan tersebut di LINK ini dalam bentuk PDF. Seterusnya anda bolehlah terus mencetak(print) borang tersebut. Di mana nak hantar borang-borang ini?

Borang-borang  yang telah lengkap diisi beserta dengan sesalinan kad pengenalan dan sesalinan slip gaji bagi yang bekerja makan gaji, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 14, 2011

32 Komen:

  1. salam
    petang tadi ada jumpa sepupu kat kampung
    katanya borang dah isi
    hehe

    BalasPadam
  2. @tehr

    W_salam..
    alhamdulillah..harapan layaklah
    beliau ye..RM500 tu kalau kena
    cara guna..banyak sekali menafaatnya

    BalasPadam
  3. haiii x layak dehh.. layak tunggu bonus je 19 ribulan nieh

    BalasPadam
  4. siapa yg layak?rasanya saya pun layak kot?

    BalasPadam
  5. @aimaniman

    Alhamdulillah..
    rezeki juga tu..
    RM berapa agaknya?

    BalasPadam
  6. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    Hubby anda kerja minyak dan gas kan?
    rasanya dah tak layak tu..semoga hidup
    bahagia selalu Cik Puan LM

    BalasPadam
  7. tengok je
    x layak
    bukan rezeki kita

    betul jgn cari penyakit
    tak layak buat cara x layak

    BalasPadam
  8. salam..syukur blik mk mertua adik ipar yg bagi. Insyalah akan d htr pada mggu ni gak heeeee

    BalasPadam
  9. org yg mengambil kesempatan mmg org yg tdk bertanggjwb ..eii dah kena hukum dek court bru sedar..

    BalasPadam
  10. banyak yang cuba menipu...

    BalasPadam
  11. Sudah isi tapi belum hantar.. haha!

    BalasPadam
  12. Salam Zul, yup pastikan yang ori! :)

    BalasPadam
  13. ramai yang amik kesempatan ni

    BalasPadam
  14. @Anak Ulu Cheka

    Tapi khabarnya ramai yang
    nak mencuba dan berjaya
    walau menipu..goner ter?

    BalasPadam
  15. @suri

    Semoga berjaya...
    rezeki yang di tolak
    :)

    BalasPadam
  16. @jedi

    Ramai khabarnya..lepas nih
    banyak pula la yang kena charge
    di mahkamah kalau kantoi

    BalasPadam
  17. @relevan

    Aok dah gaji pegawai pun nak
    apply lagi ke weh..maruu..he he

    BalasPadam
  18. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    koi setuju..dah ada di laman web
    Kementerian Kewangan..print je
    terus :)

    BalasPadam
  19. @wandisini

    Memang ramai..tunggulah kalau
    ada yang kantoi..tak pasal nanti
    menjawab pulak...he he

    BalasPadam
  20. salam singgah sini ye bro zul

    BalasPadam
  21. mak x layak, so mmg x tercari2 borang ni..

    BalasPadam
  22. @a loqman

    W_salam..
    terima kasih singgah
    dan komen Bro..nanti
    saya ke blog anda :)

    BalasPadam
  23. @Mak lagenda

    Mal Lagenda kaya..saya
    tahu..pinjam sikit ?
    :)

    BalasPadam
  24. Surat khabar tempatan pun ada menyiarkan borang BR1M yang asli.

    BalasPadam
  25. @akubiomed

    Ye ke..?nasib la sapa yang tak beli
    suratkhabar tu..apa pun boleh dapatkan di sini :)

    BalasPadam
  26. klu isteri kedua layak ke....

    BalasPadam
  27. isteri kedua yang duduk sendiri dan bekerja.. layak ke...

    BalasPadam
  28. @Anonymous

    Bolehlah mencuba..kalau
    pendapatan rasa kurang
    RM3,000 :)

    BalasPadam
  29. Salam,borang dah diisi dah hantar kat lhdn,dn di chop serta dikmebalikan slip tu pada kita....soalnya,camana kita nak tahu yang kita dah lulus permohonan tu.. Ke dah dikira lulus bila slip tu dah dichop ..??konpius.

    BalasPadam
  30. @Anonymous

    Hari ini tarikh tamat permohonan..
    kalau dah hantar tu akan di beritahu seandainya anda layak dapat..surat akan di hantar..cara mendapat wang..saya tak pasti,samaada di masukkan ke akaun bank anda atau di beri cek..tunggu lah ye?

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. salam...saya merupakan seorang pelajar dan telah mempunyai isteri,isteri saya tidak berkerja,layak ker saya untuk mohon BR1M ni?kalau nk pos jer borang BR1M blh x?kalau blh nk pos di alamat mane

    BalasPadam