Bantuan Rakyat RM500 ( BR1M) : Jangan Menipu Kalau Tak Mahu Masuk Penjara



Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah yang akan diagihkan mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula pada 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012
Setiap permohonan akan diperiksa dengan teliti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi. Dengan rekod yang ada pada LHDN dan BNM, sebarang ketirisan apatah lagi mereka yang memberi maklumat palsu boleh dipenjara tiga tahun dan didenda seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 adalah golongan yang tidak membayar cukai pendapatan, jadi golongan ini tiada dalam rekod. Hanya golongan yang benar layak sahaja akan mendapat bantuan ini. Sasaran pendaftaran seramai 5.2 juta isi rumah mampu dicapai dalam tempoh sebulan dengan gabungan kerjasama LHDN, agensi-agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.

NOTA : Pada yang pernah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pernah membayar cukai sebelum ini, janganlah nak suka-suka Daftar BR1M ini, dan cuba menipu pula. Saya risaukan, kerana wang RM500 tak pasal-pasal nanti ada yang kena dakwa dan di masukkan ke penjara. Jadi, berilah peluang pada mereka yang benar-benar layak sahaja okey?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 11, 2011

25 Komen:

  1. Assalam...
    Hubby saya memang tak layak...saya boleh daftar tak? hehe..
    memang nak kena ni...

    BalasPadam
  2. @iza

    W_salam..
    suami anda sudah melebihi syarat kelayakan saya rasa beliau tak layak..baik jangan nak pandai-pandai..tak mau la nanti ada seorang rakan blogger yang ke "dalam" pula..he he

    BalasPadam
  3. Adik ipar mengadu kerana ada yang menjual borang BR1M dengan harga RM2.

    BalasPadam
  4. @akubiomed

    RM 2 okey lag Bro..ada setengah tempat dah mencecah RM50 satu borang..memang melampau

    BalasPadam
  5. As salam...

    Kerana RM, Ramai Menipu...

    BalasPadam
  6. @Cik SHiNJU

    W_salam..
    gitulah gayanya Yun
    mengambil barang yang bukan
    hak pun berdosa juga kan..?
    inikan menipu..popaleh la :)

    BalasPadam
  7. Betul tu, kang sebab 500 je da kena masuk penjara..Bagilah pada yg benar2 layak..

    BalasPadam
  8. salam
    mungkin juga lhdn nak cari rekod pendapatan orang ramai
    hehe

    apa pun, tak baik menipu ni
    berdosa

    BalasPadam
  9. camana ya.. suami x pernah daftar LHDN tp kakyong pernah.. tp sejak tak kerja ni , memang la xde income , so nak bayar apa nyer..
    business suami pun cukup2 makan kami & dpt byr loan rumah jer.. tu pun pernah rumah kami hampir nak kena amik dgn bank.. :(

    BalasPadam
  10. @qellissa

    Setakat nak cari RM500 mungkin mudah
    bagi kita yang sememangnya berpendapatan melebihi syarat yang di kehendaki jadi sebaiknya beri pada yang memerlukan dan benar layak

    BalasPadam
  11. @tehr

    W_salam..
    mungkin ada mee dalam pinggan berudang la tu..he he..LHDNM sambil menyelam minum air..mungkin ada kebaikan pada yang liat nak daftar..

    BalasPadam
  12. @kakyong

    W_salam..
    kalau anda yakin anda layak dan sudah tidak berpendapatan..dan suami berniaga sendiri..tapi kurang dari RM 3 K..teuskan memohon..saya pasti ada budi bicara dari pihak LHDNM

    BalasPadam
  13. @zulkbo sudah 5 tahun x mbayar cukai sbb x bekerja..

    saya sebenarnya malas nak amik port sgt.. jika boleh cari rezeki cara lain. Tapi bapa mertua saya ni yg beriya2, siap2 marah2 saya & ingatkan saya jgn lupa tolong isikan... sbb dia pun tahu, hidup kami mcm mana.. org lain boleh berganti kain baju tiap tahun, tp tdk kami.. anak2 saya tiap tahun ade kawan yg belikan baju2 raya (dah 3 tahun pun)..

    tp x delah saya nak mengharap sgt.. hanya nak sejukkan hati org tua.. nanti kalo tak di isi.. mbebel pulak dia.. hihiii... jika ade rezeki kami, Alhamdulillah..

    BalasPadam
  14. benar sungguh, kalau tipu maklumat n dapat RM500, mcm kita ambil hak org.

    BalasPadam
  15. @kakyong

    Terserahlah kepada pihak Puan
    untuk membuat keputusan..bila
    dah melibatkan keluarga mertua
    susah saya nak komen lagi :)

    BalasPadam
  16. @Denaihati

    Tu kalau dapat sambil menipu..
    kena yang kantoi..tak pasal
    masuk "dalam" pula nanti

    BalasPadam
  17. Pandai betul kerajaan BN...nak pancing undi bagi rm500...lepas tu bila menang kaut berjuta-juta....tapi tak apa...orang bagi kita ambil...time undi pandai2 kau orang ..:)

    BalasPadam
  18. A'mualaikum mak mertua saya ni wargamas tapi duduk dgan saya layak ke memohon bantuan rm 500 tu yg peliknye jiran saya beriya2 suruh memohon katanya tu hak rakyat.

    BalasPadam
  19. sy ada ipar yg perbelanjaan bulanan utk rumah+2kereta berjumlah lebih kurang 3 ribu. sy tanya kalau dia dah ambil duit RM 100 utk anaknya yg nak masuk darjah 2. jawabnya "lama dah ambik. bagi kat tgn dia terus..tak tau la apa dia belanja.." parents yg berduit amik duit RM 100 tu & bagi kat anak sebagai duit poket belanja suka2. lepas tu dia bg tau dia nak apply yg RM 500 ni...ada juga manusia yg mcm ni...niat dah lari...halalkah cara pentadbir mentadbir duit negara sebegini.padahal byk lagi bantuan yg perlu diberi utk golongan yg betul2 perlu. kesian pembayar2 cukai...yg berjasa kpd rakyat adalah pembayar cukai...tapi kerajaan dpt nama...

    BalasPadam
  20. @hidupKu khalifah ..

    W_salam..
    sebagai warga emas yang tidak bekerja
    saya rasa mak mertua anda layak..silalah mencuba

    BalasPadam
  21. @Anonymous

    Rezeki jangan di tolak..hak kita tu..bab undi pandai-pandailah :)

    BalasPadam
  22. @Anonymous

    Pada awal lagi saya dah rasakan cara pemberian ini tidak berapa telus..tapi kita tengoklah kesannya di masa hadapan nanti..setakat ini dah kerajaan nak kasi..kita ambil dulu..duit kita sebenarnya..gunalah sebaiknya :)

    BalasPadam
  23. akuXpernah mengundi04 Januari, 2012

    patut gomen bagi 1k, nama pun one-off apa ke jadah 500ciput yg bleh d buat dgn condisi high cost of living?
    patutnya rakyat buka mata pandang ke depan..bkn terus terbeliak kesukaan bla gomen ckp mau bg 500'jer'.. dorg 'pusing blakang ketawa besar atas ketaksuban..ye ke ketaksuban? ke kebengongan?? rakyat hasil umpan ciput yg dpropagandakan' itu kn duit kita challenge tgok ble bg x klu minta 1k?? mau bertambah-tambah kilatnya pulau atas kepala najib tu..

    BalasPadam
  24. akupunXpenah mengundi20 Februari, 2012

    Macamane ngan gaji 1 family x smpai 2K,anak 6 org...bini xkeja...tp dpt surat x layak (nk kate isi xlengkap??...bkn susah pon isi borang,s/b anak sume ade)...adik aku yg bujang xde tnggungan pon bole dpt...member opis laki bini keja anak sorang leh dpt RM500...pelik2!...motif apekah ini????

    BalasPadam
  25. Pada yang dok kejar BR1M tapi boleh pulak dok komen2 artikel dalam blog2 orang lain, eloklah you all buat blog sendiri jugak, sebab kalo blog you all tu 'hidup' walaupun tak 'hebat/gah', insyaallah blog pun boleh bagi 'BR1M' tiap2 bulan.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA