Wang Bantuan RM500 | Pendaftaran/Pengambilan Dan Serahan Borang (BR1M)-RM500 : Jangan Lupa Besok Boleh Daftar




Salam semua, jemputan pendaftaran bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) Rm500 telah sampai ke kawasan perumahan saya. Sebuah khemah khas didirikan sempena program yang akan di adakan besok bermula jam 10:00 pagi hingga jam 10:00 malam. Surat jemputan telah di edarkan dari rumah ke rumah.

Program yang di jalankan oleh sebuah parti politik, memang sedikit sebanyak adalah tanda keprihatinan parti politik tersebut sempena menjelangnya pilihanraya ke-13 (PRU 13), yang di jangka pada bila-bila masa sahaja. Nampak mesra sekali layanan yang di berikan petugas tersebut.

Harapan saya, keperihatinan ini berkekalan sehingga bila-bila, bukannya bermusim. Kerana sebelum PRU-12 dahulu, kawasan saya ini di perintah oleh sebuah parti besar. Alangkah malangnya kerana tidak peka masalah penduduk, mereka di hukum dengan kalah pada parti pembangkang.

Orang memberi, kita merasa. Musuh jangan di cari, dan rezeki janganlah di tolak. Walaupun agak ketara seperti gula-gula di taburkan pada rakyat, saya sebagai pengundi sentiasa memerhatikan dari jauh perubahan yang cuba di lakukan oleh mereka. Harapan ada keikhlasan yang di curahkan.

Buat penduduk sekitar Taman Mulia Jaya Ampang, jangan lupa besok, 10-12-2011 bolehlah ke Program Pendaftaran/Pengambilan Dan Serahan  Borang (BR1M)-RM500 di perkarangan blok A, Antara Apartment Taman Mulia Jaya bermula jam 10:00 pagi sehingga  10:00 malam.


Dah semak DAFTAR PEMILIH anda?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 09, 2011

23 Komen:

  1. RM500.. sedang berkira kira layak atau tidak layak ni..

    BalasPadam
  2. nampak sgt nak pancing undi
    terang2 logo Be and tu
    agok2 laaa buat org bertambah menyampah ada laa...

    BalasPadam
  3. @relevan

    Sama la koi..nak gi juga
    mana tahu dapat..he he

    BalasPadam
  4. @Anak Ulu Cheka

    Ternyata sekali..nak buat
    goner..deme pengang RM kita
    tolong sampaikan balik..kita
    ambik je wehh :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Bagi yang layak sila berbuat...

    BalasPadam
  6. @Abd Razak

    W_salam wbt..
    alhamdulillah..
    semoga saudara jua sihat
    hendaknya..begitulah..orang
    memberi ,kita merasa..rezeki
    jangan di tolak :)

    BalasPadam
  7. Salam Zul, Senget aje gambor dacing tu yak :)

    BalasPadam
  8. @akuanakpahang

    W_salam..he he..
    goner jadi cenggitu yak?

    BalasPadam
  9. salam
    boleh je gi meriahkan majlis
    tak dapat pun tak apa

    BalasPadam
  10. Wah ! tak sabar menanti saat ini ... ada juga rezeki untuk tahun baru nanti ... terima kasih kepada Tuhan. :)

    BalasPadam
  11. mungkin di LHDN pun boleh juga kan ... esok nak intai2 kawasan terdekat ... hehehe

    BalasPadam
  12. rezeki ini boleh menanpung minyak motor harian datang bekerja 500 / 10 = 50 ini bermaksud 150 hari bajet minyak motor si benjy dah di berikan oleh kerajaan malaysia kerana dibuka kan mata hati mereka oleh Tuhan.

    BalasPadam
  13. memendangkan si benjy ni golongan 'di atas pagar' so tak kata pembangkang baik dan tak kata pemerintah baik ... hanya Tuhan yang satu baik.

    BalasPadam
  14. lepas ni bolehlah tukar sport rim motosikal .. (laa tadi kata nak buat belanja minyak) ... godaan tu ... hehehehe

    BalasPadam
  15. @tehr

    W_salam wbt..
    memang niat saya memeriahkan
    majlis tersebut..ternyata confirm
    tak dapat punya..he he

    BalasPadam
  16. @Benjy

    Kalau RM500 memang lepas duit minyak motor setahun tu Bro.

    BalasPadam
  17. slm sabtu en.zul...
    kerja ke hrni?? semoga ceria2 selalu...

    kalau bujang and tak tinggal dgn ibu bapa tp still tanggung ibubapa boleh ke en.zul?? ;)

    BalasPadam
  18. Salam sabtu Abg Zul..
    Moga sihat sokmo...
    Dapat 500 ter banje koi
    makan murtabak mengkasar yep..heheh

    BalasPadam
  19. Rakan-rakan sepejabat mendaftar secara online dengan mengunakan e-daftar LHDN.

    BalasPadam
  20. @zella y

    W_salam..
    anda adalah seorang yang
    layak memohon..cepatt!

    BalasPadam
  21. @Cik SHiNJU

    W_salam..
    alhamdulillah..sihat bertambah sihat
    sokmo koi nih..ermm RM500 jangan kata Murtabak Mengkasar..steak Victoria Station pun boleh Yun :)

    BalasPadam
  22. @akubiomed

    Itulah yang terbaik sekali
    terus mendaftar di LHDN..
    selamat mendaftar..moga berjaya

    BalasPadam
  23. awok tingei mana? koi kt buki malaysia tp bukit dah kene taghoh nampok gayenya hilang bkt malaysia tingei namanya ye weh!

    BalasPadam