Wang Bantuan RM500 | Pendaftaran/Pengambilan Dan Serahan Borang (BR1M)-RM500 : Jangan Lupa Besok Boleh Daftar




Salam semua, jemputan pendaftaran bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) Rm500 telah sampai ke kawasan perumahan saya. Sebuah khemah khas didirikan sempena program yang akan di adakan besok bermula jam 10:00 pagi hingga jam 10:00 malam. Surat jemputan telah di edarkan dari rumah ke rumah.

Program yang di jalankan oleh sebuah parti politik, memang sedikit sebanyak adalah tanda keprihatinan parti politik tersebut sempena menjelangnya pilihanraya ke-13 (PRU 13), yang di jangka pada bila-bila masa sahaja. Nampak mesra sekali layanan yang di berikan petugas tersebut.

Harapan saya, keperihatinan ini berkekalan sehingga bila-bila, bukannya bermusim. Kerana sebelum PRU-12 dahulu, kawasan saya ini di perintah oleh sebuah parti besar. Alangkah malangnya kerana tidak peka masalah penduduk, mereka di hukum dengan kalah pada parti pembangkang.

Orang memberi, kita merasa. Musuh jangan di cari, dan rezeki janganlah di tolak. Walaupun agak ketara seperti gula-gula di taburkan pada rakyat, saya sebagai pengundi sentiasa memerhatikan dari jauh perubahan yang cuba di lakukan oleh mereka. Harapan ada keikhlasan yang di curahkan.

Buat penduduk sekitar Taman Mulia Jaya Ampang, jangan lupa besok, 10-12-2011 bolehlah ke Program Pendaftaran/Pengambilan Dan Serahan  Borang (BR1M)-RM500 di perkarangan blok A, Antara Apartment Taman Mulia Jaya bermula jam 10:00 pagi sehingga  10:00 malam.


Dah semak DAFTAR PEMILIH anda?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...