Kes Liwat 2 Terkini Dan Panas Bapa Saiful Dakwa Mereka Dipergunakan Mohon Maaf Pada Anwar

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

 
Azlan Mohd Lazim (kanan) dan anaknya Saiful

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini. "Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam."Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Baca selanjutnya di sini KLIK



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mac 08, 2013

10 Komen:

  1. janganlah budaya fitnah menfitnah menjadi amalan yg diterima yang akhirnya kita takut azab Allah SWT akan turun.

    BalasPadam
  2. Pendedahan ini bakal mengejutkan masyarakat dan lebih-lebih lagi menjelang PRU13.

    BalasPadam
  3. Gempar juga cerita nie kita tunngu
    sahaja apa kesudahanya nanti.

    BalasPadam
  4. sy rasa takut dgn bab2 begini...moga di permudahkan segala urusan.wahulam sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi..

    BalasPadam
  5. tapi dia buat juga sumpah laknat, entah mana satu yg betul..

    BalasPadam
  6. mungkinkah kerana duit dia buat pusingan U...hmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama11 Mac, 2013

      entah la..politik malaysia.pusingan u di tempat yg betul x apa la...

      Padam
  7. salam
    tak tahu bila nak habis cerita ni

    BalasPadam