DATIN SERI DR WAN AZIZAH
Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya masih belum bebas daripada pendakwaan lanjut kerana beliau juga cuba diheretkan dengan skandal video seks. Skandal seks itu didedahkan oleh gandingan 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim.) Ia memaparkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur.
(Malaysiakini)
DATUK SERI NAJIB
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan mahkamah pada Isnin yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu."Keputusan pada Isnin sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan,"
(Mstar)
KARPAL SINGH
Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh. Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang."Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya. Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi,"
(Mstar)
TUN MAHATHIR
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara. Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,”
(Mstar)