Baucar Buku RM 200 Dah Ambil Ke?


Salam semua, sepengetahuan saya pusat pengajian tinggi telah mula mengagihkan Baucar Buku RM200 untuk para pelajar yang layak mendapatkannya. Anda boleh semak di pusat pengajian anda, bila tarikh anda boleh mula mendapatkannya. Dengan baucar sebanyak RM200 itu banyak benda boleh beli berkaitan dengan pembelajaran.


Tujuan baucar ini untuk membantu para pelajar membeli buku-buku pelajaran dan kelengkapan pelajaran termasuk juga alatan tulis. Kalau nak beli buku pada yang sedang membuat sarjana, saya rasa tak mencukupi, cukup sekadar pinjam di perpustakaan. Tapi kalau nak beli alatan menulis rasanya cukup pakai setahun dengan baucar ini.

Mungkin ada di antara anda yang belum tahu atau sudah terlupa syarat mendapatkan baucar buku RM200 ini. Anda boleh mendapat maklumat yang telah saya sediakan pada entri saya sebelum ini. Antara syarat utama yang melayakkan anda mendapat bantuan Baucar Buku RM200 ini :

Semua warga Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 10, 2012

13 Komen:

  1. Huh, best tu, atleast Ada gak sumthing.... :)

    BalasPadam
  2. boleh lah untuk beli sebuah atau dua buah buku...sebab seingat saya sebuah buku dulu harganya dalam RM70-Rm150...Tapi ok lah membantu meringankan beban pelajar...

    BalasPadam
  3. Salam rodong. anok koi belum masuk U lg..untung bebudok sekrg ni kan..

    BalasPadam
  4. kalu diberikan juga pada kaki buku pon bagus gak ni

    BalasPadam
  5. Bolehlah kalau nk membantu sikit2 tu yek..
    Bersyukur...

    BalasPadam
  6. Salam Zul, semoga bermanfaat buat mereka.

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zul

    Anak kak semuanya dah bekerja..

    BalasPadam
  8. Minggu ni exam..
    pas exam boleh ambil baucar ni..
    :D

    BalasPadam
  9. Esok kome amik.. baru tingkatan 6 atas ni..

    BalasPadam
  10. Assalam...
    Bestnya depa...
    Zaman dok ngaji dulu, harapkan photostat buku kawan ja, nak beli mahal..

    BalasPadam
  11. salam
    dah orang nak bagi
    ambil je la, kan?
    rezeki juga tu

    BalasPadam
  12. Boleh meringankan kewangan ibubapa mahasiswa. :-)

    BalasPadam