Kronologi Terkini Ops Daulat Tragedi Lahad Datu Sabah



Esok memasuki seminggu peristiwa pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina sehingga terjadinya Tragedi Berdarah bersejarah di Lahad Datu. Berikut adalah kronologi selepas hari ketiga Ops Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu.

6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.


Lagi gambar-gambar sekitar Ops Daulat Lahad Datu Sabah KLIK

6 Mac (4 petang) - Hari kedua Ops Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

6 Mac - Beberapa keping gambar Ops Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang.

6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.

7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.


7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau, turut menyatakan kerajaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut.

7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.

- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah.

- Najib berkata Ops Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat.

- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.


7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Ops Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 orang lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.

7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 orang penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.

Sumber: BERNAMA


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mac 08, 2013

5 Komen:

  1. Tugas getir kepada anggota keselamatan untuk melakukan pembersihan saki baki penceroboh Sulu dengan keadaan muka bumi dan kawasan yang luas.

    BalasPadam
  2. semoga pasukan keselamatan negara berjaya mengatasi penceroboh sepenuhnya dalam masa terdekat nih...

    BalasPadam
  3. salam
    harap2 segera aman hendaknya

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama09 Mac, 2013

    semoga lekas damai''

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama09 Mac, 2013

    Selagi Kiram lll dan orang orangnya tidak dihapuskan... Damai tak mungkin menjelma.. Semuga Allah memelihara negara tercinta ini dan merahmati pahlawan pahlawan negara kita Malaysia...

    BalasPadam