PiCycles Basikal Hibrid Mesra Alam Alaf Baru

Adakah basikal boleh menjadi motosikal? PiCycle telah merealisasikannya. Model ini bagus sebagai pengangkutan basikal hibrid yang dikuasakan oleh dua tenaga, manusia dan motor elektrik. Bergantung kepada mood anda dan berapa banyak tenaga yang anda ingin keluarkan. PiCycles membiarkan anda membuat keputusan bagaimana anda ingin untuk menaikinya sebagai basikal, motosikal atau kedua-duanya.

 

PiCycles : sumber

Tetapi tidak seperti motosikal yang sering anda tunggangi, PiCycles tidak mengeluarkan sebarang pelepasan 'tailpipe' dan menggunakan kurang daripada 200 paun CO2 (karbon dioksida) jumlah tenaga yang sama oleh pengering rambut. Dicipta oleh PiMobility, syarikat yang peka dengan alam sekitar yang telah mereka bentuk dan mengeluarkan basikal alaf baru untuk penunggang abad ke-21.

Tahukah anda dari kadbod juga boleh dibuat basikal? KLIK

Kemudahan dan keselesaan penunggang adalah sebahagian besar daripada konsep PiCycles, dan semua basikal boleh dicas menggunakan soket elektrik yang sesuai mengikut standard antarabangsa. Basikal ini juga dilengkapi kemudahan moden terkini seperti pengecas untuk telefon pintar, unit GPS, kamera dan pembesar suara.

Selain menjadikan perjalanan lebih lancar, Pi Mobiliti menawarkan penunggang mereka aplikasi yang menyediakan bacaan intuitif kelajuan, tahap caj serta sistem pemberitahuan untuk penyelenggaraan basikal bila masa yang perlu. Sesuatu yang mengujakan, tak sabar melihat basikal ini berada di jalan-jalan dalam negara kita.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 07, 2013

13 Komen:

  1. skrg kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitr sgt tinggi
    sgt bg kalu dpat aply utk semua aspek :)

    BalasPadam
  2. menarik juga design basikal tuh...mesra alam pulak tuh...pasti mendapat sambutan orang ramai...

    BalasPadam
  3. menarik ni...environmentally friendly..mesra alam.

    BalasPadam
  4. bilalah nak masuk malaysia basikal ni ye

    BalasPadam
  5. Basikal mesra alam yang saya suka.

    BalasPadam
  6. huh lama ke pelik dah basikal jaman ni yek :)

    BalasPadam
  7. Salam hormat selamat malam...
    basikal yang saya suka mesra alam... :D

    BalasPadam
  8. macam2 dah kreatif fiorang ni. hehe

    BalasPadam
  9. ermm mula mula lihat nampak macam pelik, tapi bila dah lama renungkan, nampak cam motor racing pun ada... bagus nie untuk mesra alam...

    kawan kawan free lihat blog baru saya yang dah ditukar template yea...

    BalasPadam
  10. salam
    menarik dan hati juga dah berkenan
    harganya?

    BalasPadam
  11. wah ini sudha bagus hee tk perlu pakai motosikal asal basikal dh jadi 2 dlm 1

    BalasPadam
  12. tersangatlah kreatif org2 barat ni. kita juga tinggal ke belakang.

    BalasPadam
  13. come on..bkn org barat jela yg dah ada.org china dah lama ada.org2 kampung lg tu pakai.aritu pegi negara china..jumpa belambak basikal modified mcm motor..even kt puchong pun dah ada..hehe.. anyway, thanks for the post =D

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog