Lagi Gambar-Gambar Sekitar Ops Daulat Konflik Pencerobohan Lahad Datu Sabah

Dalam operasi Ops Daulat hari ke-6, pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan, sekali gus menamatkan konflik pencerobohan di daerah itu.






 
Foto: Guang Ming Daily

Kor bantuan tempur dari Kuching berlepas ke Lahad Datu semalam hari kelima Ops Daulat dilancar, bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan hari ini kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu. Belum ada tanda keadaan semakin reda, kerana masih ada saki baki penceroboh di merata kawasan.

Pasukan keselamatan melancarkan gerakan secara ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac. Sepanjang konflik yang bermula 12 Februari itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh telah ditembak mati. - Bernama

 Lagi gambar-gambar sekitar Operasi Ops Daulat di sini KLIK
 
NOTA: Saya baru mendapat tahu bahawa salah seorang adik saya yang berkhidmat dalam ATM akan bertolak ke Lahad Datu, Sabah esok untuk bertugas di sana. Satu kebanggaan buat saya dan keluarga kerana ada juga dalam ahli keluarga kami yang bakal berjuang mempertahankan kedaulatan negara menentang pencerobohan pengganas luar dalam krisis Lahad Datu ini. Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan beliau di sana, selamat pergi dan selamat kembali.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 11, 2013

11 Komen:

  1. kami doakan semoga adik bro dan wira² yang lain selamat dan dilindungiNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bro..
      begitulah harapan kita
      semua rakyat Malaysia

      Padam
  2. semoga penceroboh negara dapat ditumpaskan

    BalasPadam
  3. Moga Wira Bro selamat pergi dan kembali...

    BalasPadam
  4. salam
    rupanya kisah perang ni belum mahu menunjukkan tanda2 mahu tamat
    moga2 tak ada lagi yang terkorban

    BalasPadam
  5. masih lagi belum reda ke bro

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Dah lama tak singgah sini.
    Moga pejuang2 negara berjaya pertahankan kedaulatan negara..

    BalasPadam
  7. Semoga semua dapat selesai secepat mungkin.

    Dan pejuang negara selamat kembali..ameen

    BalasPadam
  8. masa inilah baru kita kenal askar-askar kita ni macam mana..

    BalasPadam
  9. Seram sejuk melihat keadaan di sana. Semoga keadaan menjadi tenang dan aman semula nanti.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama14 Mac, 2013

    Atm.pdrm.apmm. dan semua yang terlibat. Selamat bjuang untuk kalian. Semoga Yang Esa sentiasa melindungi anda semua. Tabik hormat.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog