Terkini Keputusan Pilihan Raya PRU-13



Sudah berapa kali kalian mengundi? Saya sendiri secara peribadi telah mengundi sebanyak 3 kali dan kali ini untuk PRU-13 adalah kali ke-4 saya berpeluang memangkah mana-mana calon yang saya fikirkan sesuai untuk mengurus tadbir kawasan Parlimen dan DUN tempat saya bermastautin. Seterusnya kerajaan yang layak memerintah negara secara amnya.

Jika pilihan raya yang lepas saya sendiri telah bertukar sebanyak 3 kali kawasan saya mengundi, bermula dari kawasan Parlimen Titiwangsa sehingga ke Parlimen Ampang dalam PRU-12 tempohari. Anda digalakkan menyemak status dan lokasi mengundi anda di sini (KLIK). Memang ada keputusan pilihan raya yang agak mengejutkan ramai pihak ketika itu apabila kawasan Ampang telah berjaya di ambil alih oleh parti Pembangkang.

Paling menggemparkan apabila negeri Selangor sebagai antara sebuah negeri yang paling kaya dalam negara telah diambil alih tadbir oleh parti Pembangkang yang berjaya membentuk kerajaan. Keputusan pilihanraya ini seolah membuka mata ramai pihak apabila yang tidak dijangka boleh berlaku dalam sesebuah pilihanraya. Sebelum berkisah lebih jauh, apa kata kita kenali serba sedikit tentang Pilihan Raya di Malaysia.

Hari Mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih (pengundi) yang layak membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman Keputusan Pilihan Raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:
  • Tarikh mengundi
  • Lokasi tempat mengundi
  • Waktu mengundi di semua tempat mengundi
  • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi

Senarai Pilihan Raya Umum Malaysia:
  1. Pilihan raya umum 1955
  2. Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
  3. Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
  4. Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
  5. Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
  6. Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
  7. Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
  8. Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
  9. Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
  10. Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
  11. Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
  12. Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
  13. Pilihan raya umum 2008 (ke-12)
  14. Pilihan raya umum 2013 (ke-13)
Sumber: WIKI

NOTA: Tidak sabar menanti tibanya saat pesta Pilihan Raya kali ke-13 ini. Dapat dilihat dengan pembacaan kita di akhbar dan laman-laman internet pasti akan ada mana-mana Keputusan Pilihanraya PRU-13 kali ini bakal mengejutkan ramai pihak. Untuk kali pertamanya PRU-13 kali ini pengundi akan menggunakan dakwat kekal (KLIK), dan ini pasti menarik sekali kan? Jadi bersama kita nantikan apa pun keputusan Terkini Pilihanraya PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 27, 2013

8 Komen:

  1. wow tak sabar rasanya nak tengok. agak agak siapa yang menang? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu..tak sabar nak lompat
      ke, nak sedih? macam-macam akan
      keluar perasaan dan tindakannya
      nanti..he he

      Padam
  2. salam..

    tak pernah lagi mengundi setakat ni...hehe

    tapi mmg orang yang paling teruja tunggu proses kira undi sampai 2 3 pagi...

    menanti kejutan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      uikss..tak layak lagi ke?
      ermm..kalau dah layak baik
      mendaftar, tanggungjawab
      warga negara..orang Indon
      pun dah ada yang mengundi
      sekarang..

      Padam
  3. Salam, Oit cepatnya dapat keputusan Zul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam
      Keputusan terkini di zulkbo.com
      jangan lupa singgah tau..he he

      Padam
  4. PRU13 adalah PRU paling panas dan hangat sekali. Ni kali pertama mengundi..

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mengundi nanti Bro..
      pilihlah mengikut kemahuan..
      bukan mengikut perasaan okey :)

      Padam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA