HARLEM SHAKE : Apa Yang Best Sangat Nih?



Lepas fenomena Gangnam Style yang meletup-letup, kini datang pula fenomena baru di internet dan hangat diperkatakan adalah 'Harlem Shake'. Saya ada juga menonton video Harlem Shake di YouTube dan rata-rata ramai yang telah memuat naik video versi Harlem Shake mereka sendiri. Agak terkejut juga saya melihat jumlah tontonan video tersebut yang begitu mendapat sambutan dan ada yang telah mencecah jutaan bukaan video.

Tapi apa yang best sangat dengan fenomena Harlem Shake nih? Mungkin tidak kena dengan citarasa saya atau mungkin saya masih ketinggalan zaman? Pada saya, video ini tidak dapat menandingi kehebatan Gangnam Style yang dipopularkan oleh Psy. Tapi selera telinga masing-masing dan tepuk dada, tanyalah selera anda okey? Di bawah beberapa video fenomena Harlem Shake yang mendapat sambutan hangat penonton di YouTube.



APA ITU HARLEM SHAKE ?

'Harlem Shake', anda jangan terkeliru kerana ianya bukanlah semata-mata gaya tarian hip hop. Ianya adalah tajuk trek 2012 bass instrumental berat yang dihasilkan oleh seorang pemuzik bernama Baauer. Pada bulan Februari 2013, dari lagu ini melahirkan satu siri 'meme' video tarian yang bermula dengan individu bertopeng menari bersendirian dalam kumpulan sebelum tiba-tiba dipotong kepada pihak tarian liar menampilkan kumpulan keseluruhan. Walaupun apa namanya, video yang hadir adalah kepelbagaian tarian hip hop, termasuk Bernie, Twerking serta Improvisasi.

ASAL USUL HARLEM SHAKE ?
  1. Harlem Shake (tarian), tarian berasal dari Harlem pada 1981
  2. Harlem Shake (lagu), tahun 2012 dicipta oleh Baauer
  3. Harlem Shake (meme), internet meme yang hangat sejak Feb 2013

Sumber: Wiki


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...