HARLEM SHAKE : Apa Yang Best Sangat Nih?



Lepas fenomena Gangnam Style yang meletup-letup, kini datang pula fenomena baru di internet dan hangat diperkatakan adalah 'Harlem Shake'. Saya ada juga menonton video Harlem Shake di YouTube dan rata-rata ramai yang telah memuat naik video versi Harlem Shake mereka sendiri. Agak terkejut juga saya melihat jumlah tontonan video tersebut yang begitu mendapat sambutan dan ada yang telah mencecah jutaan bukaan video.

Tapi apa yang best sangat dengan fenomena Harlem Shake nih? Mungkin tidak kena dengan citarasa saya atau mungkin saya masih ketinggalan zaman? Pada saya, video ini tidak dapat menandingi kehebatan Gangnam Style yang dipopularkan oleh Psy. Tapi selera telinga masing-masing dan tepuk dada, tanyalah selera anda okey? Di bawah beberapa video fenomena Harlem Shake yang mendapat sambutan hangat penonton di YouTube.



APA ITU HARLEM SHAKE ?

'Harlem Shake', anda jangan terkeliru kerana ianya bukanlah semata-mata gaya tarian hip hop. Ianya adalah tajuk trek 2012 bass instrumental berat yang dihasilkan oleh seorang pemuzik bernama Baauer. Pada bulan Februari 2013, dari lagu ini melahirkan satu siri 'meme' video tarian yang bermula dengan individu bertopeng menari bersendirian dalam kumpulan sebelum tiba-tiba dipotong kepada pihak tarian liar menampilkan kumpulan keseluruhan. Walaupun apa namanya, video yang hadir adalah kepelbagaian tarian hip hop, termasuk Bernie, Twerking serta Improvisasi.

ASAL USUL HARLEM SHAKE ?
  1. Harlem Shake (tarian), tarian berasal dari Harlem pada 1981
  2. Harlem Shake (lagu), tahun 2012 dicipta oleh Baauer
  3. Harlem Shake (meme), internet meme yang hangat sejak Feb 2013

Sumber: Wiki


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 26, 2013

15 Komen:

  1. x best pun..
    cuma pengaruh hiburan yg sentiasa inginkan hiburan yg baru.. huhuhu

    BalasPadam
  2. entah apa2 berserabut je hehehe

    BalasPadam
  3. salam,

    sayang sekali lappy ini tidak dapat menonton youtube, macam-macam jenis tarian yang ada, tak terfikir pun..



    p/s : nak tanya, meta desription post setiap kali type post tulis sendiri ke? sebab saya ada baca yang buat auto, tapi bila saya buat masalah meta berlaku dengan teruk sangat...sob sob... terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      saya buat secara auto untuk 'meta description post' blog saya yang saya dapatkan di sebuah blog Indonesia, kalau buat secara manual tak pernah saya cuba lagi takut berlaga dengan yang dah ada..jika dulu cara blog saya memang mendapat tempat di carian Google SERP..tapi kini Google lebih peka tentang perkara itu, entri saya terpelanting ke muka belakang juga..saya masih mengkaji tentang perkara ini dan belum jumpa jawapannya,jika ada akan saya kongsikan..kesimpulan, meta secara auto juga tidak mempengaruhi carian enjin Google SERP.

      Padam
  4. bisalah nak cipta kelainan..

    BalasPadam
  5. salam. kalau ikutkan video ni macam tarian ape ntah. saya sendiri tengok pun macam menari tetibe je.

    BalasPadam
  6. tak pernah lak tgk lagi...dan rasanya tak berminat utk tengok...:)

    BalasPadam
  7. salam
    ada tarian baru lagi ke, bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      nak kata baru terkinja gitu
      sapa pun boleh buat, cuma semak
      perut tengok la Bro..he he

      Padam
  8. setakat ni memang tak kena ngan jiwa saya harlem shake ni... -_-

    BalasPadam
  9. Tak tahu apa yang best dengan harlem shake nie tetapi keywordnya laris.huhu

    BalasPadam
  10. Pe kemende la plak tarian nih....nampaknya bukan taste koi la ...hehehe

    BalasPadam