Menjadi Popular Macam Oppa Gangnam Style ?


Anda tidak perlu menjadi seorang penari profesional dan muka yang  macho untuk popular,  yang penting keunikan dan mempunyai kelainan yang mampu menjadikan sesuatu itu menarik. Mungkin itu yang terjadi kepada salah satu video paling terkenal didunia sekarang iaitu Oppa Gangnam Style yang semakin disebut sebut oleh semua orang.

Adakah anda tahu tentang kepopularitian Oppa Gangnam Style ini? Video yang dinyanyikan oleh PSY, penyanyi Korea ini menjadi tersangat popular sehingga menyebabkan timbulnya ribuan video parody. Pastinya tarian PSY yang sangat menarik telah menyebabkan video ini ditonton begitu ramai orang  pengguna internet di seluruh dunia.


Kerana populariti yang melonjak dengan mendadak, penyanyi lagu Oppa Gangnam Style ini iaitu PSY telah meraih keuntungan lebih 10juta USD (RM 31juta) sehingga hari ini dan setakat artikel ini ditulis, sudah lebih 71 juta orang telah melihat video yang dimuat naik ke laman YouTube dengan kadar purata sebanyak 3juta view setiap hari .

Majoriti pendapatan Oppa Gangnam Style datangnya melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satu nya bernilai mencecah melebihi US$400,000 dan kini PSY mempunyai 10 kontrak. Selain itu, konsert beliau Summer Stand yang berlangsung pada 11 Ogos 2012 lalu berjaya membawa masuk lebih US$3 juta ke dalam poket PSY.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...