Menjadi Popular Macam Oppa Gangnam Style ?


Anda tidak perlu menjadi seorang penari profesional dan muka yang  macho untuk popular,  yang penting keunikan dan mempunyai kelainan yang mampu menjadikan sesuatu itu menarik. Mungkin itu yang terjadi kepada salah satu video paling terkenal didunia sekarang iaitu Oppa Gangnam Style yang semakin disebut sebut oleh semua orang.

Adakah anda tahu tentang kepopularitian Oppa Gangnam Style ini? Video yang dinyanyikan oleh PSY, penyanyi Korea ini menjadi tersangat popular sehingga menyebabkan timbulnya ribuan video parody. Pastinya tarian PSY yang sangat menarik telah menyebabkan video ini ditonton begitu ramai orang  pengguna internet di seluruh dunia.


Kerana populariti yang melonjak dengan mendadak, penyanyi lagu Oppa Gangnam Style ini iaitu PSY telah meraih keuntungan lebih 10juta USD (RM 31juta) sehingga hari ini dan setakat artikel ini ditulis, sudah lebih 71 juta orang telah melihat video yang dimuat naik ke laman YouTube dengan kadar purata sebanyak 3juta view setiap hari .

Majoriti pendapatan Oppa Gangnam Style datangnya melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satu nya bernilai mencecah melebihi US$400,000 dan kini PSY mempunyai 10 kontrak. Selain itu, konsert beliau Summer Stand yang berlangsung pada 11 Ogos 2012 lalu berjaya membawa masuk lebih US$3 juta ke dalam poket PSY.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 30, 2012

15 Komen:

  1. jadi virus yang berjangkit sekarang ni :)

    BalasPadam
  2. harap2 boleh jadi gak.. hahaha

    BalasPadam
  3. bro tak nak buat parody oppa gangnam style?hehe

    BalasPadam
  4. memang kaya giler PSY sekarang.

    BalasPadam
  5. Tengah rakam video anak menari Oppa Gangnam style tunggu penghasilannya nanti

    BalasPadam
  6. Tuah ayam nampak di kaki....

    BalasPadam
  7. larisss...jutawan segera la dia...

    BalasPadam
  8. Saya sampai sekarang ni tak pernah tengok lagi video dia yang original.... :)

    BalasPadam
  9. salam
    selamanya aku tak reti menari
    apa style pun aku tak reti
    haha

    BalasPadam
  10. waahh, byk RM31 juta utk lagu ni

    BalasPadam
  11. Salam Lebaran Salam Kemerdekaan..
    ~sebangsa senegara sejiwa~
    ;P

    BalasPadam
  12. keunikannya yang terserlah...

    BalasPadam