Malaysia VS Thailand 2012 AFF Suzuki Cup | Live Streaming Online

Setelah berjaya menundukkan pasukan Laos dan Indonesia tempoh hari,  peminat-peminat  bolasepak negara kembali yakin kepada pasukan Harimau Malaya untuk mengekalkan kejuaraan paling berprestij di Asean, Piala AFF Suzuki 2012 kali ini.

Bakal berhadapan dengan pasukan yang terkuat setakat ini dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2012, Harimau Malaya mungkin beraksi pada separuh akhir pertama tanpa beberapa tunggak utama mereka, antaranya Wan Zack yang dikhabarkan mengalami kecederaan.

Apa pun saya pasti, percaturan Datuk Rajagopal kali ini sudah tentu mahukan kemenangan selesa sekurang-kurangnya 2 gol sewaktu beraksi di gelanggang sendiri sebagai bekalan selesa apabila bertandang di separuh akhir kedua di negara Thailand nanti.


Perlawanan Separuh Akhir Pertama :
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, K.Lumpur
Tarikh: Ahad, 9 Disember 2012
Malaysia-1 (Norshahrul Idlan Talaha-minit 48)
Thailand-1 (Teerasil-minit 79)

Perlawanan Separuh Akhir Kedua : 
Lokasi: Stadium Supachalasai, Bangkok
Tarikh: Khamis, 13 Disember 2012
Malaysia-0
Thailand-2 (Teerasil Dangda-minit ke 61, Theerathon Butmathan-minit ke 65)
NOTA: Thailand menang dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Singapura di perlawanan akhir

Anda digalakkan hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil beramai-ramai hari Ahad ini sebagai tanda sokongan pada skuad Harimau Malaya dalam misi mereka mengekalkan kejuaraan Piala AFF Suzuki musim 2012 ini. Sorakan anda pasti menaikkan semangat mereka nanti!

Tetapi jika anda tidak berkelapangan, cukup sekadar berada di hadapan kaca tv anda kerana pihak Astro dan TV1 ada menyiarkan siaran secara langsung terus dari Stadium Nasional Bukit Jalil, hari Ahad, 9 Disember 2012, jam 8.45 malam.

Seandainya anda ingin terus berada di depan monitor komputer kesayangan anda dan menyaksikan siaran secara LIVE STREAMING ONLINE, di bawah disertakan pautan link saluran tertentu yang menyediakannya secara Live Streaming terus di kaca monitor komputer anda.

Link 1 | Link 2
Link hanya aktif pada waktu yang di tetapkan, harap maklum.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 08, 2012

11 Komen:

  1. berdebar2 dah kita duk tunggu esok. huhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bravo..
      sokongan tidak mengenal
      gender kan ? TAHNIAH!

      Padam
  2. Mamoh harimau mamoh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenuh juga nak mamah
      daging gajah kali nih..
      takut liat je wehh..huhu
      :)

      Padam
  3. malam ni tengok singapura main plakk..

    BalasPadam
  4. sebelum bola ni satu vote utk deme
    jgn lupa kita sama...

    BalasPadam
  5. malaysia pasti juara malam ni...

    BalasPadam
  6. Malang bagi team Malaysia....semoga berjaya di Thailand pula nanti....

    BalasPadam
  7. Hasilnya seri ya, moga dipertandingan selanjutnya Malaysia bisa sukses

    BalasPadam