Keputusan Perlawanan Akhir | Malaysia - Indonesia AFF Suzuki Cup 2010



Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang bakal menyaksikan pertembungan dua gergasi bolasepak Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia.


 VS


Kini detik penentuannya telah tiba, peluang keemasan buat skuad kebangsaan muncul sebagai kuasa baru bola sepak Asia Tenggara hanya tinggal selangkah sahaja lagi dan Indonesia menjadi halangan terakhir sebelum trofi AFF mampu dijulang oleh skuad Harimau Malaya.

Mungkin reputasi hebat Indonesia yang menang lima kali berturut-turut di Piala Suzuki AFF 2010 kali ini menimbulkan sedikit kegerunan di kalangan pemerhati bola sepak tetapi ia tidak harus ada di dalam psikologi pemain kita dan penyokong yang akan turun memberikan sokongan tidak berbelah bahagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Lupakan segera memori pahit dibelasah 1-5 pada pertemuan sulung pada lawan yang sama dan pada pentas akhir, ia satu medan yang berbeza buat kedua-dua pasukan.

Buat Indonesia, jangan sesekali memandang enteng terhadap kemampuan Harimau Malaya yang akan tampil mempamerkan perwatakan sebenar untuk membaham Sang Garuda.

Ikuti perkembangan perlawanan yang di siarkan secara langsung di TV1, di Stadium Bukit Jalil, Malaysia . Perlawanan pusingan pertama,  sepak mula sudah bermula...nantikan keputusannya..

KEPUTUSAN: Malaysia menang 3-0
Bekalan selesa untuk di bawa di perlawanan kedua apabila bertandang ke Indonesia nanti.Safee Sali menyumbang dua gol di perlawanan ini, manakala satu lagi hasil jaringan Anshari Shamsuddin.






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 26, 2010

22 Komen:

  1. Salam Zul, semoga berjaya hendaknya pasukan kita. Majulah sukan utk negara! jangan kena jampi sudah :)

    BalasPadam
  2. @akuanakpahang

    Koi takut juga bab jampi ni..
    tapi rasanya di padang kita
    jampi kita lagi kuat..he he

    BalasPadam
  3. syukur =)

    BalasPadam
  4. salam
    walaupun jari shahrul idlan masih berinai namun prestasinya cukup cemerlang ekekeke

    BalasPadam
  5. semangat pengantin baru tu...& selamat pengantin baru shahrul..& tahniah Msian team.

    BalasPadam
  6. Salam....
    Ya 3-0...
    walaupun tak minat tetap nak tau keputusannya...

    BalasPadam
  7. Selalunya ckLah tak berani tengok...sebab kalau ckLah tengok selalunya kalah. Klau bwa budak sekolah bertanding pun, cklah macam tu....


    Tadi...dengar anak-anak dan bapak anak-anak menjerit-jerit saja di ruang depan, sambil buat entri baru. Sempat juga selit perkataan '3-0' tu. :D

    Syabas Malaysia.

    BalasPadam
  8. harap Malaysia kekal menang waktu lwn dekat indo nnti... :) jgn kne laser sudah... :D

    BalasPadam
  9. Yok mampir jakarta..aku punya ticket gratis...penginapan beres...bisa aja pak..

    BalasPadam
  10. Moga M'sia berjaya meneruskan kecemerlangan..

    BalasPadam
  11. salam..
    memang syok tengok aksi pemain m'sia tadi..harap2 mereka dapat kejayaan di indonesia nanti..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum sdra..

    Semoga sdra sihat hendaknya...

    Pasti semua rakyat m'sia bergembira malam tadi atas kemenangan 3-0...

    BalasPadam
  13. as salam abg zul..sy kutuk org yang pancar lesa tue..apsal buat kjer bangang tue huhuhuh

    BalasPadam
  14. salam
    tahnia kepada semua rakyat malaysia

    BalasPadam
  15. Tahniah Malaysia!!!~ ^_^

    *"Part 6:The Final"

    Tamat sudah.....jom layan! :)

    BalasPadam
  16. Yahoooo! golll.. dapat cuti tak nghe...

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah akhirnya Malaysia berjaya

    BalasPadam
  18. @ecah

    ermmm..harapan
    kemenangan mutlak
    menanti di Jakarta
    nanti..

    BalasPadam
  19. Malaysia the new AFF Suzuki Champion!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  20. @No name

    terima kasih tolong updated..he he

    BalasPadam