Penyakit Sendi | Kesihatan




Salam semua, bila bercerita bab sakit sendi ini pasti saya teringatkan Mak saya di kampung yang menderita penyakit ini.Hampir 5 tahun Mak menderita penyakit ini dan hanya memakan ubat penahan sakit selain rawatan kampung yang di cadangkan oleh rakannya di kampung, beliau amalkan.Antaranya, memakan ma'ajun yang menurut mak mampu mengurangkan sakit sendinya.

Penyakit ini khabarnya memang tiada penyembuh lagi, hanya cara terbaik untuk membolehkan pesakit kronik berjalan semula adalah dengan pembedahan menggantikan sendi tersebut dengan sendi tiruan. Khabarnya sendi tiruan ini juga di perbuat dari titanium, sejenis keluli tahan karat yang ringan.


Pembedahan Tukar Sendi

BOTOL minyak angin akan dicapai dan disapu pada bahagian yang sakit apabila seseorang itu mengalami lenguh-lenguh atau kesakitan pada tulang,sendi atau otot.Jika penggunaan minyak angin tidak menyembuhkan dan kecederaan atau kesakitan nampak lebih memudaratkan,si tukang urut pula yang akan dicari sebagai ikhtiar.

Berbeza dengan mereka yang mengalami kemalangan serius sehingga mengakibatkan patah tulang atau tulang terkehel,orang pertama yang akan dicari mangsa ialah doktor atau pakar ortopedik.Pada saat-saat genting seperti itu,hampir semua mangsa kemalangan percaya doktorlah satu-satunya insan yang tahu bagaimana keadaan tulang yang tersembunyi di dalam badan mereka seterusnya mampu memberi rawatan sepatutnya.

Pendek kata, pada waktu krikital sesiapa pun tidak akan memikirkan tentang kesakitan yang akan ditanggung apabila tulang mereka diperlakukan sesuatu oleh doktor.Sebenarnya, bidang ortopedik di Malaysia tidak hanya terhad kepada rawatan trauma (kemalangan) ortopedik semata-mata,sebaliknya merangkumi setiap cabang ilmu berkaitan tulang, rangka, otot dan sendi.

Justeru,tiada sebab untuk masyarakat di Malaysia berasa ragu-ragu atau takut untuk mendapatkan rawatan di hospital walaupun mereka mengalami kesakitan atau kecederaan kecil pada bahagian tulang.“Bidang spina dan sendi cukup maju di Malaysia, setanding dengan negara maju lain di dunia.

Kita ada cukup tenaga pakar,malah ramai di antaranya yang berpengalaman luas. Mereka ada kemahiran dan cukup terlatih untuk merawat dan membuat pembedahan,” kata Perunding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Gobinder Singh (gambar) kepada Mingguan mStar.

Dr. Gobinder yang sudah 11 tahun berkhidmat di hospital swasta itu tidak menafikan bahawa di Malaysia rawatan terhadap tulang majoritinya dilakukan terhadap mereka yang terbabit dengan kemalangan atau yang tercedera ketika bersukan semata-mata.

Padahal, dalam masa yang sama kebanyakan rakyat Malaysia terutama yang berusia 50 tahun ke atas sering mengalami sakit-sakit sendi dan memerlukan rawatan pemulihan.

“Kebanyakan masyarakat kita memandang ringan masalah kesakitan tulang dan sendi yang biasanya dialami. Kebanyakan mereka yang datang ke hospital dan dihantar ke unit ini adalah mereka yang terbabit dengan kemalangan jalanraya dan mengalami kecederaan tulang yang teruk sahaja.

“Kalau sakit-sakit biasa, mereka hanya membiarkan ia terus sakit atau mendapatkan rawatan alternatif di tempat lain berbanding berjumpa doktor,” katanya.

Hal ini berbeza dengan kelompok yang sama di Amerika Syarikat (AS) yang mana kebanyakan warga emas di sana sanggup menjalani rawatan tulang dan sendi bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Statistik juga menunjukkan pada tahun ini sahaja seramai 500,000 penduduk di AS telah membuat pembedahan tulang, termasuklah pembedahan untuk menukar sendi.

“Ini bererti, sepatutnya 50,000 penduduk Malaysia melakukan pembedahan yang sama, tetapi kita tidak mencapai jumlah itu. Di sana (AS), mereka mahu bergerak, berjalan dan menjalankan rutin seperti biasa selagi mereka masih hidup, walaupun usia mereka telah meningkat” katanya.

Pembedahan tukar sendi biasanya perlu dilakukan terhadap seseorang yang berusia 50 tahun ke atas dan mengalami kesakitan terutama di bahagian lutut sehingga membataskan pergerakan pesakit.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah pada tulang sendi termasuklah berasa sakit di bahagian sendi, bengkak-bengkak dan struktur tulang kelihatan tidak normal.

Selain kesakitan di bahagian lutut, bahagian lain seperti pinggul, bahu siku dan buku lali juga sering dialami mereka yang sudah lanjut usia.

Kos, takut dibedah

Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini juga menjelaskan, selain faktor sikap dan kurang kesedaran terhadap keperluan mempunyai tulang dan sendi yang sihat, salah tanggapan terhadap kos pembedahan turut menjadi alasan untuk tidak mendapatkan rawatan di hospital.

“Di Malaysia, dapat saya katakan kos pembedahan masih di tahap sederhana, malah lebih murah jika dibandingkan dengan Singapura dan hospital-hospital swasta di Indonesia,” jelasnya.

Kos sebanyak RM25,000 - RM27,000 untuk pembedahan tersebut yang dianggarkan untuk menjalankan pembedahan tersebut nyata sekali tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan nikmat menjalani hidup yang lebih selesa dan sihat pada usia emas.

Menurut Dr. Gobinder, hampir semua pesakit berusia 60 tahun ke atas yang mengalami sakit lutut berpunca daripada tulang sendi dan tulang rawan yang haus.

“Kita akan ganti tulang yang haus itu dengan tulang palsu yang diperbuat daripada besi. Bentuknya sama dengan tulang asal dan dapat berfungsi seperti tulang biasa,” kata sambil memberitahu tulang palsu tersebut mampu bertahan selama 20 tahun di dalam badan manusia.

Pun begitu katanya, tidak semua masalah seumpama itu memerlukan pembedahan.

“Semuanya bergantung pada kecederaan. Selepas pesakit diperiksa, kita akan lihat pelan rawatan yang sesuai untuk mereka. Ada pesakit yang hanya perlu makan ‘glucosamine’ iatu makanan tambahan yang baik untuk kesihatan tulang,” katanya.

Beliau berkata, pesakit juga tidak perlu bimbang dengan kesakitan yang akan dihadapi sekiranya mereka mahu menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira dua jam ini.

“Pesakit akan merasai kesakitan minimum selepas dibedah tetapi tidak akan berasa sakit ketika sedang menjalani pembedahan.

Kesan sampingan juga tiada, tetapi mereka tidak boleh terlalu lasak dan tidak digalakkan duduk bersila,” katanya.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku kerosakan sendi terutama sendi lutut disebabkan genetik, berat badan berlebihan dan kurang senaman.

Fisioterapi

Hospital Pantai merupakan satu-satunya hospital di negara ini yang mempunyai unit fisioterapi sendiri di Jabatan Spina Dan Sendi.

Ditubuhkan pada tahun 2009, hospital yang mempunyai dua pakar spina dan tiga pakar sendi ini bersedia membantu pesakit yang menghadapi masalah spina dan sendi.

Tertubuhnya unit fsioterpai ini, masalah yang lebih spesifik juga dapat dirawat di sini tanpa pesakit menunggu lebih lama.

“Kita ada fisioterapi sendiri untuk rawatan serta-merta. Selepas pembedahan, mereka boleh datang ke unit fisioterapi ini dan pakar-pakar akan melihat masalah atau komplikasi yang mungkin berlaku terhadap seseorang pesakit yang baru dibedah,” katanya.

Selain pembedahan menukar sendi lutut yang haus, rawatan dan kaedah lain yang ditawarkan untuk menyembuhkan pesakit termasuklah penyambungan ligamen dan memasukkan besi di dalam tulang yang dipanggil ‘interlocking nail’.

Mempunyai ramai tenaga pakar ditambah pula dengan pengalaman yang luas, tiada sebab untuk masyarakat Malaysia berasa ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat doktor dan pakar bedah dalam negara.

Ortopedik yang berhubung rapat dengan spina dan sendi juga merangkumi satu bidang yang cukup luas, sekali gus menepis tanggapan masyarakat bahawa bidang ini lebih tertumpu kepada trauma ortopedik semata-mata.

Sumber:
http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2010/12/20/mstar_mingguan/20101220111909&sec=mstar_mingguan


Jika di hospital kerajaan proses dan pembedahan ini mengambil masa dan terpaksa menunggu giliran. Perkara biasa, kerana terlalu ramai pesakit yang menunggu untuk di bedah.Kosnya juga agak mahal, tapi khabarnya berbaloi kerana selepas pembedahan pesakit kebanyakkan sudah boleh berjalan seperti biasa.

Mak sendiri pun telah di panggil untuk pembedahan setelah menunggu kira-kira dua tahun lepas untuk di bedah. Apakan daya bila sampai masanya, Mak jadi takut dan menolak peluang tersebut. Sampai sekarang Mak sanggup menahan sakit asalkan tidak ke meja bedah.

Dalam proses memujuk Mak juga saya pada ketika ini, tak tahu bilalah hatinya akan terbuka untuk di bedah. Sebagai anak tidaklah dapat saya memaksa. Cuma mata saya, kadang-kala sedih melihat penderitaan yang di tanggungnya.Berat mata yang memandang..berat lagi tanggungan tuan badan.Semoga terbuka hati Mak satu hari nanti.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 27, 2010

43 Komen:

  1. hurm..mak saya dh 4 kali bedah... tp kat perut la... but still takut dgn segala ape2 jenis pembedahan... tgk kat tv pon takut gak...hehehhe

    BalasPadam
  2. as salam abg zul..apa punca penyakit nie???

    BalasPadam
  3. @sahromnasrudin

    A_Salam..
    penyakit sendi,berkemungkinan
    berkenaan dengan ghaout rasanya

    BalasPadam
  4. @zella y

    Ermm..tu la dia..
    kita pun takut
    inikan orang2 tua

    BalasPadam
  5. salam

    ngerinya tgk gambo sendi tu..

    BalasPadam
  6. Ini bukan sakit gaut ka weh?..

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Pendapat kak elok juga jika mak tak mahu bedah.. pengalaman bedah membuatkan kak rasa trauma dan banyak bertemu orang2 yang bedah lutut ni sukar juga hilang sakitnya.. kak rasa jika Zul mungkin bawa berjumpa dr Zul dan cuba buat proloteraphy.. ini bukan steroid.. kak ada tulis di blog kak http://permatainn.blogspot.com/search/label/Rawatan%20Prolotherapy

    kemudian ambil glucossamine + chondroitin utk redakan sakit...

    BalasPadam
  8. Semuga Mak Zulkbo mendapat kekuatan untuk pergi ke meja pembedahan....

    BalasPadam
  9. salam encik Zul..keep talking to her..mana tau satu hari nnt terbuka juga hati dia..insyaAllah :)

    BalasPadam
  10. Salam Zul, mencelah jugak dtg baca N3 anda.. hari ini sibuk byk :( aku dah kalah : "Tidak layak kah aku berblog ?"

    BalasPadam
  11. askum..org tua..begitulah sifatnya...
    sanggup thn sakit...!

    BalasPadam
  12. Salam sahabat..

    mahal juga kosnya tapi jika tidak dirawat rasa sedih pula tengok bonda sebegitu huu..

    BalasPadam
  13. kena pujuk baik2 kawan. kalau tidak lagi dibiarkan menderita teruk nanti..

    banyakkan berdoa semoga hati bondanya akan lembut ;)

    BalasPadam
  14. @Werdah

    W_salam..
    terima kasih Kak
    atas info yang di beri

    BalasPadam
  15. Salam...
    Sabar lah En. Zul...
    Sebenarnya, kalau saya sendiri pun , saya rasa takut walaupun mungkin kita tak sedar masa dibedah tu...

    BalasPadam
  16. mcm tu lah kita tua nantikan

    BalasPadam
  17. salam..
    takut la tengok orang tua di bedah. semoga emaik en.zul cepat pulih dan ada perubahannya.

    Latest Entri :
    Akibat Taksub : Piala Suzuki AFF 2010

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Orang tua kekadang tidak mahu membebankan anak-anak sehingga sanggup menderita asalkan anak-anaknya bahagia..

    BalasPadam
  19. salam en zul-mak mentua bapa saudara (tok) nadia pun bt operation utk sendi nih...tp die kat sambgn tulang pinggul..lepas operation tok xnak gerak2, berjln sebab bila die gerak akan rasa sakit. Akhirnya berthn2 die hanya terbaring jela sehingga meninggal dunia 2 tahun sudah..

    sabar yer en zul...orang tua mmg begitu sifatnya..mgkn satu hari nanti bila kita di tempatnya pon sama

    BalasPadam
  20. salam Zul..

    Mcm tulah org tua ..memang ramai takut untuk dibedah..terpulang pada anak bagaimana nak pujuk atau mungkin blh carikan alternatif lain.

    BalasPadam
  21. mak saya pon kadang2 ada mengadu sakit2 sendi..bila di ajak check, takut pula katanya...

    BalasPadam
  22. smoga mak uncle cepat sembuh! amin...

    BalasPadam
  23. smoga mak bang zulkbo sehat sokmo hendaknye.

    BalasPadam
  24. Salam,
    Cuba zul bawa jumpa mak zul dengan doktor yang pandai buat org selesa dengannya. Mungkin bila dah selesa dan faham dengan apa yg doktor beritahu, mungkin mak zul mahu buat pembedahan...

    BalasPadam
  25. ibu pun dah sakit sendi macam arthritis :(

    BalasPadam
  26. Hmm agak susah nak paksa org tua buat pembedahan..apa-apa pun usahakan cara lain,supaya boleh ringankan bebanan sakit tu.

    BalasPadam
  27. Salam Abg Zul..

    Jgn putus asa pujuk mak jalani pembedahan kalau
    itu jalan yg terbaik...Koi bz lagi nih...jenguk jap jer..

    BalasPadam
  28. as salam
    saya bukan kata nak dibedah
    jarum suntikan pun takut nak tengok
    ~syukur alhamdulillah kerana masih sihat

    BalasPadam
  29. @tehr

    Alhamdulillah..semoga Allah kurniakan
    anda kesihatan baik yang berkekalan..

    BalasPadam
  30. salam..pujuk la mak elok2..mana tau berkesan.

    BalasPadam
  31. salam en. zul,
    selalu nampak avatar ni..baru tergerak nak singgah..
    sakit sendi ni dah macam sinonim dengan orang tua..mak saya pun sama cuma masih belu tahap nak ke hospital..

    BalasPadam
  32. kesian juga ya... emak saya masih initial stage. makan glucosamine + chondrotoin serta calcium++.... nampak macam ada perubahan sikit.

    tapi kalau dah teruk... susah lah nak kata, doa bebanyak dan pujuk je la

    BalasPadam
  33. iyelah kita tua2 nanti gitu juga lah...harap anak2 dapat membantu kita ketika itu...mok aboh kome gitu jugak...cuma doa dapat mengiringi mereka..amin

    BalasPadam
  34. @a kl citizen
    Terima kasih petua
    dan ubatan tu,nanti
    saya cuba

    BalasPadam
  35. @Anak Ulu Cheka

    Gitu lah gayanya kita
    doa jua mengiringi mereka
    agar sembuh seperti sediakala

    BalasPadam
  36. @abgreds

    Terima kasih singgah dan komen
    anda..jangan serik singgah sini

    BalasPadam
  37. @Nadia Abdullah

    OOO..begitu ke?
    takut juga mengetahuinya..

    BalasPadam
  38. @Abd Razak

    Itulah yang saya takutkan
    kerana tak nak menyusahkan
    anak-anak alasannya,sedih..

    BalasPadam
  39. @iza

    Fobia bila baca
    dalam akhbar,tengok
    terkoyak je kepala
    lutut..

    BalasPadam
  40. Salam
    semoga selepas ni terbuka hati mak untuk menjalani pembedahan

    BalasPadam
  41. nice sharing info bro zul..
    bg yg kena sakit sendi ini, mmg trauma..
    ada mak rakan yg terpaksa membuat asahan tulang sendi untuk melicinkan pergerakan..

    BalasPadam
  42. semoga cepat sembuh

    pnah tengok kawan cenggitu, cukup azab nak naik tangga 'minyak gris' dah abih, katanya. jadik rasa ngilu semacam

    BalasPadam