Tahukah Anda Ikan Keli Juga Mampu Menangkap Burung (Gambar Dan Video)

Kebanyakan orang mungkin pernah menonton rancangan National Geographic berkenaan ikan paus pembunuh Patagonia yang terkenal dengan serangan ke pantai untuk menangkap singa laut. Tetapi tahukah anda ikan keli juga mampu menggunakan cara yang sama untuk menangkap burung merpati? 



Penyelidik telah mengkaji fenomena ini dan menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal 'PLoS One', bersama-sama dengan video yang disertakan menunjukkan dua serangan ikan keli terhadap burung merpati yang berjaya dan dua serangan yang gagal.

Kajian yang dijalankan oleh saintis dari University of Toulouse, bertajuk 'Paus Pembunuh Air Tawar' dan menerangkan tingkah laku ganas ikan keli Eropah di Sungai Tarn, Perancis. Abstrak seksyen kajian itu menyatakan: 'Antara jumlah sebanyak 45 tingkah laku diperhatikan dan difilemkan, 28 peratus telah berjaya dalam menangkap burung'.


Subjek kajian adalah ikan keli Wels (Silurus Glanis), spesies invasif atau bukan keli asal tempatan dan tingkah laku yang pelik mereka adalah satu contoh spesies yang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru untuk terus hidup. Ikan keli baka asli di sungai itu tidak mempamerkan tingkah laku sedemikian.

Tingkah laku ikan keli ini yang dianggap melampau ini tidak pernah dilaporkan dari spesies ikan keli asli, tetapi satu perkembangan yang malang buat burung merpati di rantau Eropah. Pemangsa yang mungkin sedang menyesuaikan tingkah laku mereka untuk kelangsungan hidup dan mencari mangsa baru dalam persekitaran yang baru.

Sumber: www.grindtv.com
 

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 09, 2012

18 Komen:

  1. Ikan jadi semakin kreatif & belajar menyesuaikan diri demi kelangsungan hidup..

    BalasPadam
  2. Sudah pasti bukan ikan keli dari spesis tempatan.

    BalasPadam
  3. huh bapok ke besornya ikan keli tu wehh
    keli afrika kot :)

    BalasPadam
  4. salam
    keli ni nampaknya tak boleh la nak bela dalam kolam
    habis la segala anak itik

    BalasPadam
  5. Ikan keli ada yg mkn ular..sy kaki pancing gak

    BalasPadam
  6. ikan tu bosan kot..nak main2 dgn burung..

    BalasPadam
  7. seriously ikan tuh besar giler..

    BalasPadam
  8. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Agaknya kekurangan makanan, ia berusaha mencari yang ada di darat.

    BalasPadam
  9. Jangan ada yang jenis makan kaki pancing dah la..hehe

    Tulah keajaiban ciptaan Tuhan

    BalasPadam
  10. dah kreatif n kritis plk ikan keli ni..

    BalasPadam
  11. Salam, koi paling geli ikan keli nie boleh hidup berminggu dalam perut kerbau / lembu yang mati tepi sungai :(

    BalasPadam
  12. besar ikan keli ni macam keli afrika pulak. terdesak, terpaksa berevolusi cari makan.

    BalasPadam
  13. untuk hidup, walaupun binatang, sanggup buat apa saja

    BalasPadam
  14. perhhh..ikan keli pun dah jadi haiwan pemangsa ye..macam ganas je..huhuhu

    BalasPadam
  15. ikan keli pun boleh tangkap burung ya... boleh dijadikan sumber motivasi juga ni, kalau ikan pun boleh, takkan kita tak boleh.

    BalasPadam
  16. burung tu guna teknik hendap

    BalasPadam
  17. memang besar ikan keli tu....macam keli afrika

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog