Senarai Pasukan Liga Super Dan Liga Perdana Malaysia 2013

Liga Malaysia akan memasuki musim barunya dan bermula secara rasmi pada 5 Januari 2013 depan, menerusi perlawanan merebut Piala Sumbangsih di antara juara Piala Malaysia 2012, Kelantan menentang juara Liga Perdana 2012, ATM di lokasi yang masih belum ditetapkan oleh FAM.

Sejumlah 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Perdana bakal bersaing masing-masing dalam Liga Super dan Liga Perdana pada musim depan tahun 2013. Dua pasukan baru yang akan bersaing dalam Liga Super 2013 yang bermula sehari kemudian ialah juara Liga Perdana, ATM dan Pahang.

Antara pasukan baru yang akan membuat penampilan pada Liga Perdana 2013 yang akan bermula pada 7 Januari pula ialah Juara Liga FAM musim 2012, SPA Putrajaya FC dan pemenang tempat ketiga liga berkenaan, UiTM FC serta Kedah yang tewas kepada Pahang dalam perlawanan penentuan ke Liga Super.




Senarai Pasukan Liga Super 2013:

Felda United FC
Terengganu
Kelantan
T-Team (Terengganu)   
Lions XII FC (Singapura)
Perak
ATM
Negeri Sembilan
Selangor PKNS FC   
Pahang
Darul Takzim FC
Selangor 

Senarai Pasukan Liga Perdana 2013:

Perlis
PDRM
SPA Putrajaya FC
UiTM FC
Johor   
Kuala Lumpur
Pos Malaysia FC
Kedah
Sime Darby FC
Sarawak
NS Betaria FC
Sabah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...